RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Julai 2022

Qabil Irfan Pertahankan Kedudukannya Sebagai Pendahulu Kejuaraan

Tangkak 24 Julai 2022 - Qabil Irfan mengukuhkan kedudukannya di tangga pertama keseluruhan selepas mencatatkan kemenangan berganda kelas perdana 160cc di pusingan 3 FIM MiniGP Malaysia Series 2022. Qabil mengutip sebanyak 50 mata selepas menamatkan perlumbaan 1 dan 2 di Litar Lumba Tangkak, Johor. Beliau kini berjaya mengumpul 136 mata secara keseluruhan dengan kelebihan 22 mata di hadapan pencabar terdekatnya, Adi Putra. Berbaki lagi dua pusingan sebelum pemilihan untuk ke saingan Kejuaraan Akhir Dunia di Valencia, Sepanyol.

Pada perlumbaan 1, Qabil telah mendapatkan petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan. Pelumba berusia 11 tahun ini telah bermula dengan cukup cemerlang untuk menguasai perlumbaan. Beliau berjaya menamatkan saingannya sebanyak 18 pusingan mengelilingi litar sepanjang 1,025 meter dengan catatan masa 14 minit 13.420 saat. Adi Putra pula menamatkan saingannya di tempat kedua dan kedudukan ketiga dimenangi oleh Akif Abdullah.

Manakala perlumbaan 2 pula terpaksa dimulakan semula dengan lapan pusingan selepas menerima kibaran bendera merah disebabkan insiden kemalangan yang melibatkan pelumba Danish Al-Haqeem. Qabil mencatatkan kemenangan kedua dengan mencatatkan masa 6 minit 24.241 saat diikuti Akif Abdullah di tempat kedua yang menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan kutipan 102 mata dan tempat ketiga ialah Adi Putra dengan 114 mata keseluruhan selepas tiga pusingan.

Perlumbaan SIC Ohvale Championship 110cc menyaksikan saingan yang lebih sengit apabila Airel Marzuki yang merupakan pendahulu kejuaraan menerima kejutan daripada pencabar-pencabar baru iaitu Qayyim Razim dan Shahzrel Aqief yang masing-masing memenangi perlumbaan 1 dan 2. Manakala Airel sekadar melepasi garisan penamat di tempat ketiga dan keenam. Walaubagaimanapun, Airel masih memimpin kejuaraan dengan kelebihan 121 mata namun diikuti rapat oleh Qayyim (114 mata) dengan jarak 7 mata. Tangga ketiga keseluruhan dimiliki oleh Shahzrel dengan mengupul sebanyak 107mata.

Dianjurkan bersama oleh Persatuan Pemotoran Malaysia (MAM), Sepang International Circuit (SIC) dan ZK Racing, saingan Pusingan 4 akan berlangsung pada 24 dan 25 September manakala pusingan akhir dijadualkan pada 15 dan 16 Oktober. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.