RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Ogos 2022

Hafizh Syahrin Raih Mata di GP Republik Czech

Saingan WSBK 2022 Pusingan 6 yang telah berlangsung di Litar Autodrom Most, Republik Czech pastinya meningkatkan semangat wira negara Hafizh Syahrin Abdullah setelah berjaya menamatkan saingannya di tempat ke-12 untuk memungut empat mata.

Hafizh Syahrin '35' bersama rakan sepasukannya, Leandro Mercado.
Hafizh Syahrin '35' bersama rakan sepasukannya, Leandro Mercado.

Walaupun kurang bernasib baik dalam saingan awal selepas jenteranya mengalami masalah teknikal, ia tidak mengganggu tumpuan Hafizh untuk mempamerkan tunggangan yang bertenaga dalam Perlumbaan 2.

Dari petak ke-22, Hafizh yang bermula dengan baik berjaya memintas sekurang-kurangnya tujuh orang pelumba sebelum berada di belakang pelumba Jepun, Kohta Nozane yang ketika itu di posisi ke-14. Selepas berjaya mengenepikan Nozane, Hafih kini berkedudukan kurang dari satu saat dari Roberto Tamburini.

Hafizh cuba untuk merapatkan diri dan membuat serangan tetapi Tamburini mengekalkan rentak tunggangan dengan cukup cemerlang. Hafizh akhirnya melintasi garisan penamat di tempat ke-12 dan berjaya meraih mata buat pertama kalinya dalam saingan WSBK 2022. Tahniah diucapkan.

“Saya sangat gembira dapat meraih empat mata dalam WorldSBK pada hari terakhir sebelum cuti musim panas. Kami membuat beberapa perubahan kecil pagi ini untuk meningkatkan kestabilan jentera. Dengan talaan itu, kami sudah mencapai di posisi lima belas teratas dalam sesi Superpole. Untuk Perlumbaan 2, kami menukar sedikit posisi saya pada jentera serta melaraskan bar hendal, dan itu juga membantu saya dapat menunggang dengan lebih mantap. Jadi, kami mencapai perlumbaan terbaik kami musim ini dan saya sangat gembira dengan itu,” kata Hafizh Syahrin. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.