RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 September 2015

Shell Advance Asia Talent Cup : Adam Norrodin Naik Podium di Sepang!

Persaingan pusingan ketiga ini dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang sempena meraikan perlumbaan WSBK 2015. Seramai 21 orang pelumba berumur antara 14- 19 tahun menyertai saingan ini yang datangnya dari Jepun, Australia, China, Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Dua perlumbaan telah dijalankan dengan kemenangan diraih oleh dua pelumba berbeza. Pelumba dari Jepun, Ayumu Sasaki telah menggunakan peluang bermula di petak pertama dengan sebaik-baiknya untuk memimpin perlumbaan. Namun begitu petanding seperti Kunimine, Norrodin, Ogura, Masaki dan Atiratphuvapat sukar ditinggalkan.

Kumpulan pertama seramai enam orang ini bersaing cukup rapat sehinggalah di pertengahan perlumbaan melihat beberapa pelumba seperti Sasaki dan Norrodin cuba menyimpan keupayaan tayarnya sehinggalah tiba di lap terakhir. Ketika ini, Norrodin bangkit untuk memintas beberapa pelumba di hadapan, diikuti oleh Sasaki. Taktik kedua-dua pelumba ini berhasil apabila Sasaki dan Norrodin masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua manakala Kazuki Masaki di tempat ketiga.

Perlumbaan kedua diganggu dengan kibaran bendera merah selepas beberapa pelumba terkandas di selekoh terakhir. Sebaik sahaja dimulakan semula, ini merupakan peluang terbaik kepada para pelumba yang tidak ke podium tadi menebus kekecewaan. Empat pelumba, Sasaki, Masaki, Atiratphuvapat dan Kunimine ternyata berada di tahap terbaik untuk memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir. Oleh kerana terlalu cuba mencari kejuaraan, Sasaki membuat kesilapan dan terjatuh di hadapan Masaki...kedua-duanya terbabas. Ini saat terbaik untuk Atiratphuvapat mendapatkan kemenangan keduanya selepas Litar Antarabangsa Chang di Thailand pada pusingan pertama. Dia kini berada di tangga kedua, hanya 19 mata di belakang Sasaki. RR

Isu Pada

September 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.