RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 September 2022

The Beast menang di Aragon. Permulaan 'kurang cantik' buat Marquez

Perlumbaan Gran Premio Animoca Brands de Aragon telah berakhir dengan kemenangan berjaya diraih oleh Enea Bastianini dengan menewaskan Francesco Bagnaia (Pecco) dalam satu pertarungan yang cukup sengit. Pusingan kali ini juga memberikan kemenangan berharga buat Aleix Espargaro yang menerima kibaran bendera penamat di tempat ketiga.

Kemenangan yang ditunggu-tunggu oleh 'The Beast' & pasukannya.
Kemenangan yang ditunggu-tunggu oleh 'The Beast' & pasukannya.

Sebelum itu, para peminat MotoGP tertunggu-tunggu untuk melihat keupayaan Marc Marquez yang akhirnya kembali beraksi selepas beberapa bulan berada dalam proses pemulihan. Pasukan Repsol Honda telah melengkapkan jentera Marquez dengan lengan ayun baru yang membantu untuk lebih pantas. Pelumba bernombor '93 itu bermula di petak ke-13.

Marc Marquez gagal meraih sebarang mata.
Marc Marquez gagal meraih sebarang mata.

Pecutan yang hampir sempurna di peringkat awal membolehkan Marquez berjaya memintas ramai pelumba untuk berada di posisi keenam sebelum tiba di selekoh pertama. Ketika itulah berlakunya sedikit sentuhan dengan Fabio Quartararo yang menyebabkan juara bertahan itu terpelanting ke luar litar tetapi mujurlah, tidak mengalami kecederaan serius.

Aleix Espargaro menggunakan segala kepakarannya untuk menyerang Binder dari dalam.
Aleix Espargaro menggunakan segala kepakarannya untuk menyerang Binder dari dalam.

Tidak lama selepas itu, Marquez berlanggar pula dengan pelumba LCR Honda Idemitsu, Takaaki Nakagami. Pelumba Jepun itu terbabas ke tengah litar, hampir-hampir dilanggar oleh beberapa orang pelumba – memang sangat berbahaya. Akhirnya Marquez terpaksa menamatkan cabarannya jauh lebih awal daripada apa yang dirancang.

Brad Binder menamatkan saingan di tempat keempat.
Brad Binder menamatkan saingan di tempat keempat.
Adakah Pecco juara MotoGP 2022?
Adakah Pecco juara MotoGP 2022?

Perlumbaan di hadapan terus sengit, Pecco, Jack Miller dan Bastianini mula mengorak langkah. Dalam pada masa yang sama, Brad Binder bagaikan 'lipas kudung' memecut dari belakang dan berjaya untuk berada di tempat ketiga. Turut mendapat rentak yang mengagumkan ialah pelumba Aprilia, Aleix Espargaro.

Cal Crutchlow kini menggantikan Andrea Dovizioso memacu jentera Yamaha YZR-M1.
Cal Crutchlow kini menggantikan Andrea Dovizioso memacu jentera Yamaha YZR-M1.

Pecco dan Bastianini membentuk kelompok sendiri, meninggalkan Binder hampir empat saat di belakang. Binder pula tidak senang duduk apabila diekori rapat oleh A.Espargaro yang akhirnya berjaya memintas dua lap sebelum tamat.

Fabio Quartararo bagaikan dibelenggu dengan pelbagai ujian demi mempertahankan kejuaraannya.
Fabio Quartararo bagaikan dibelenggu dengan pelbagai ujian demi mempertahankan kejuaraannya.
Alex Rins menamatkan cabarannya di Aragon di tempat ke-10.
Alex Rins menamatkan cabarannya di Aragon di tempat ke-10.

Bastianini menyerang pada lap terakhir untuk mencipta kemenangan keempatnya musim ini dengan catatan masa 41:35.462, hanya 0.042 memisahkannya dengan Pecco di tempat kedua. Tempat ketiga menjadi milik Aleix Espargaro yang tiba enam saat kemudian. RR

Kedudukan Mata Keseluruhan MotoGP 2022

  • Fabio Quartararo Yamaha 211 mata
  • Francesco Bagnaia Ducati 201 mata
  • Aleix Espargaro Aprilia 194 mata
  • Enea Bastianini Ducati 163 mata
  • Jack Miller Ducati 134 mata

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.