RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 November 2022

Hakim Danish Juara Asia Talent Cup 2022

Pelumba mudah negara, Hakim Danish Ramli harumkan nama Malaysia selepas meraih gelaran Juara Keseluruhan perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup 2022. Kejayaan penuh bersejarah itu tercipta di Litar Antarabangsa Mandalika di Indonesia semalam.

Walaupun sekadar di tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 dan tempat kedua dalam Perlumbaan 2, ia sudah memadai buat Hakim untuk mengungguli carta keseluruhan dengan kutipan 187 mata, sekaligus menjadi pelumba negara pertama yang memenangi acara ini

Pemenang Naib Juara yang ketinggalan 10 mata di belakang ialah Shinya Ezawa dari Jepun manakala jaguh muda dari Indonesia iaitu Veda Ega Pratama berada di tangga ketiga keseluruhan dengan kutipan sebanyak 141 mata.

Dalam kedua-dua saingan itu, pelumba tuan rumah iaitu Veda Ega Pratama telah mempamerkan tunggangan cemerlang untuk mendominasi dengan cukup selesa dalam kedua-dua perlumbaan. Walaupun tunggangan Hakim cukup mantap, dia telah diberi tentangan hebat oleh Carter Thompson dari UK yang akhirnya berjaya melintasi garisan penamat di tempat kedua.

Prestasi Hakim dalam Perlumbaan 2 lebih meyakinkan. Dia pada mulanya dilihat mampu untuk mengekori Veda tetapi akhir terpaksa akur dengan rentak lawannya itu yang semakin pantas. Hakim akhirnya berjaya menerima kibaran bendera penamat di tempat kedua dan dinonatkan sebagai Juara Keseluruhan musim ini. Tahniah diucapkan!

Dari kiri:
Dari kiri:

“Di awal saingan, saya bertarung dengan Veda tetapi ketika itu, saya menyentuh penunggang lain dan kehilangan beberapa kedudukan. Langkah demi langkah saya cuba untuk memintas para pelumba di depan. Saya tahu Veda mempunyai rentak yang kuat, jadi saya memutuskan untuk mengekorinya agar dapat menjauhkan dari daripada para pelumba lain,” komen Hakim Danish.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja saya, ahli keluarga, krew ZK Racing, krew Asia Talent Cup dan semua yang menyokong. Saya akan bekerja lebih keras untuk mencapai lebih banyak gelaran pada masa hadapan.” tambahnya lagi. RR

Catatan Mata Keseluruhan Asia Talent Cup 2022

  • HAKIM DANISH, MALAYSIA (187pts) 
  • Shinya Ezawa, JAPAN +0.511 (177pts)
  • Veda Ega Pratama, INDONESIA (141pts)
  • Gun Mie, JAPAN (135pts)
  • Carter Thompson, UK (102pts)


 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.