RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 November 2022

Alvaro Bautista Juara WSBK 2022

Tahniah buat pelumba dari Sepanyol, Alvaro Bautista yang berjaya mengembalikan takhta kejuaraan ke tangan pasukan Ducati selepas 11 tahun. Kali terakhir Ducati merangkul kejuaraan ini adalah ialah pada tahun 2011 menerusi Carlos Checa. Ini merupakan musim ketiga buat Bautista dengan pasukan 'merah' dan resepi kemenangan yang dicapainya adalah menerusi tunggangan konsisten dari awal musim hingga ke saat akhir.

Juara WSBK 2022 - Alvaro Bautista.
Juara WSBK 2022 - Alvaro Bautista.

Kedua-dua perlumbaan akhir kelas prima ini telah dimenangi oleh juara musim lalu, Toprak Razgatlioglu yang berjaya memimpin perlumbaan bermula pada Lap 6 dengan menewaskan Jonathan Rea. Rea sekali lagi gagal mempertahan kedudukannya kepada Bautista tidak beberapa kemudian.

Toprak cipta kemenangan hatrik di Mandalika tetapi gagal mempertahankan kejuaraan.
Toprak cipta kemenangan hatrik di Mandalika tetapi gagal mempertahankan kejuaraan.

Dalam saingan kedua, Bautista berupaya memimpin perlumbaan tetapi mungkin disebabkan agak gugup dan gementar dengan situasi, dia melalukan beberapa kesilapan sehingga dapat dipintas oleh para pencabarnya. Bautista kemaskan tunggangan yang cuba fokus dan bertenang sehinggalah di kibaran bendera kemenangan.

Razgatlioglu menyinar di Indonesia dengan penuh gaya untuk Perlumbaan 1, Perlumbaan Super Pole dan Perlumbaan 2. Namun, kutipan matanya sudah terlalu jauh berbanding Bautista di tangga paling atas dengan 553 mata. Pelumba dari Turki ini mengutip sebanyak 487 mata manakala pemenang tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Rea dengan 450 mata.

Rea berazam untuk kembali bertenaga pada masa akan datang.
Rea berazam untuk kembali bertenaga pada masa akan datang.
Dari kiri: Alvaro Bautista, Toprak Razgatlioglu & Jonathan Rea.
Dari kiri: Alvaro Bautista, Toprak Razgatlioglu & Jonathan Rea.
Toprak '1' berjaya menahan kemaraan Bautista dalam perebutan tempat pertama.
Toprak '1' berjaya menahan kemaraan Bautista dalam perebutan tempat pertama.

“Ia luar biasa, saya sangat gembira. Ia adalah impian yang menjadi kenyataan, terutamanya selepas dua tahun dan segala kesukaran. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mempercayai saya. Hari ini buat pertama kalinya saya berasa agak gementar dan tertekan yang datang sebelum Perlumbaan 2 sebelum dimulakan. Saya cuba menguruskan emosi dan apabila saya berada di peringkat pertama, saya melakukan banyak kesilapan kerana terlalu banyak berfikir,” kata Alvaro Bautista.

Hafizh Syahrin.
Hafizh Syahrin.

Tahniah buat pelumba negara, Hafizh Syahrin yang berjaya menambah mata apabila menamatkan saingan di tempat ke-13 (Perlumbaan 1) dan tempat ke-14 dalam saingan kedua. Hafizh kini berada di tangga ke-23 keseluruhan dengan sembilan mata. Didoakan agar beliau terus memberikan persembahan terbaik pada perlumbaan akhir nanti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.