RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Januari 2023

Bersediakah Joan Mir Untuk Menyarung 'Jersi' Repsol Honda?

Bagaimanakah perasaan anda apabila mengenakan warna Pasukan Repsol Honda buat kali pertama? Juara Dunia MotoGP 2020, Joan Mir berkongsikan perasaan dan komen bagaimana dia mengharungi cabaran yang dihadapi dalam tempoh dua tahun akan datang sebagai penunggang Honda Factory. Joan Mir bercakap tentang perasaan, objektif dan etika kerjanya sebagai pelumba untuk pasukan paling berjaya dalam sejarah MotoGP.

Apakah tanggapan pertama anda tentang pasukan Repsol Honda yang membuat penampilan sulung anda di Valencia?

“Tanggapan pertama saya terhadap Pasukan Repsol Honda pada ujian itu sungguh bagus. Apabila anda datang dari pasukan yang berbeza, anda perlu membiasakan diri dengan orang yang memiliki dinamik kerja yang berbeza daripada pasukan yang pernah saya sertai. Saya menyukainya. Terdapat ramai kakitangan di garaj, dan saya menikmatinya. Kami membuat ujian yang hebat dan rasanya bagaikan hari pertama kembali ke sekolah.”

Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan cabaran baru ini?

“Saya cuba menyesuaikan diri dengan cabaran baru ini dengan keyakinan dan kemahuan untuk bermula dengan baik. Secara peribadi, saya suka dengan cabaran seperti ini khususnya untuk mengenali perkara baru. Bagaimana keadaan pasukan, motosikal dan dapat bertemu semua orang dalam pasukan. Saya menikmati ujian dan proses ini, dan berharap dapat bertemu lebih ramai orang dalam pasukan ini.”

Dari segi fizikal, bagaimana anda berlatih secara fizikal untuk bersedia untuk tahun hadapan?

“Secara fizikal saya tidak mengubah pendekatan persiapan saya. Saya hanya memberikan sedikit lebih intensiti. Tahun ini, fokus saya lebih sedikit kerana saya tahu bahawa jentera Honda adalah motosikal yang memerlukan kekuatan fizikal. Tahun ini saya mungkin melakukan lebih banyak latihan fizikal daripada latihan teknikal kerana saya akan memerlukannya.

Untuk bersama-sama dalam pasukan Repsol Honda yang juga merupakan pasukan paling berjaya dalam sejarah MotoGP, apakah fikiran anda semasa mula-mula menandatangani kontrak?

“Perasaan saya ketika menyertai pasukan seperti ini adalah sungguh sukar dipercayai. Saya fikir setiap pelumba akan membayangkan dirinya dengan warna ini, Untuk menjadi sebahagian daripada pasukan adalah sesuatu yang membanggakan dalam kerjaya saya. Saya juga masih muda untuk cuba mengulangi semula apa yang telah kami lakukan pada masa lalu.

Marc Marquez.
Marc Marquez.

Apakah maksud warna-warna (Repsol) ini? Adakah terdapat tanggungjawab, sedikit tekanan tambahan untuk meneruskan legasi itu, sejarah itu?

“Sudah tentu, menjadi sebahagian daripada pasukan ini bermakna lebih banyak tekanan, kerana hanya kemenangan adalah keputusan yang baik di sini. Kami tiba dalam saat yang sukar, tetapi pendekatan untuk perlumbaan harus sama: cuba secepatnya untuk membawa warna ini ke tempat yang sepatutnya."

Bagaimana rasanya sekarang berkongsi 'tempat' dengan Marc Márquez? Anda telah berlumba dengannya selama ini, tetapi kini dia adalah rakan sepasukan anda?

“Untuk berkongsi kotak (paddock) dengan Marc adalah cabaran sebenar, kerana dia pelumba terbaik di grid dan yang paling banyak meraih gelaran. Ini adalah sesuatu yang boleh menjadi sangat baik dalam satu cara dan mungkin lebih sukar dari sudut yang lain. Anda boleh berkongsi beberapa data dengannya dan boleh belajar banyak perkara, tetapi jika saya tidak beraksi seperti yang dimahukan, sudah tentu saya akan sentiasa mempunyai pesaing yang sukar di bahagian lain di garaj.”

Apakah matlamat anda untuk 2023?

“Pertama sekali, kita perlu realistik. Kami tiba di saat yang sukar. Kuncinya ialah menyesuaikan diri dengan cepat dengan jentera ini dan cuba membina keyakinan serta kelajuan semasa perlumbaan pertama. Kemudian, ketika tiba di musim pertengahan, matlamatnya adalah untuk cuba berada lebih dekat ke podium dan mencapai keputusan yang hebat.”

Apa yang anda boleh bawa ke Pasukan Repsol Honda?

“Sebagai pelumba muda dan baru, saya boleh membawa sedikit kesegaran kepada pasukan. Pengalaman saya dalam pasukan yang berbeza adalah sesuatu yang baik kepada pasukan. Saya fikir kita berkongsi matlamat yang sama: iaitu untuk memenangi satu lagi gelaran. Inilah yang boleh saya berikan kepada pasukan.”

Selamat Maju Jaya!! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.