RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Mac 2023

Hakim Danish Kibarkan Jalur Gemilang Di Portugal

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan kejayaan ini. Perlumbaan yang sangat sengit, saya kekal terus memberikan saingan pusingan demi pusingan. Saya ada sedikit tertinggal di kelompok hadapan namun saya meneruskan saingan dan berjaya tamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Saya bersyukur dengan kejayaan ini dan ingin berterima kasih kepada keluarga saya, Zulfahmi Khairuddin, para penaja dan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan saya serta pelumba Malaysia yang lain," komen Hakim Danish selepas meraih kejayaannya dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup yang dijalankan di Litar Portimao semalam.

Kejayaan milik Danish ini dicipta pada perlumbaan kedua yang telah mempertontonkan pertarungan sengit di antara pelumba di kelompok hadapan seperti Angel Piqueras, Marcos Ruda, Casey Ogorman dan Alvaro Carpe. Turut mempamerkan tunggangan mantap ialah seorang lagi pelumba negara iaitu Danial Syahmi yang kini berada di tangga kesembilan keseluruhan dengan 13 mata.

Hakim '13' memimpin perlumbaan dengan tenang.
Hakim '13' memimpin perlumbaan dengan tenang.

Hakim yang bermula di petak kelapan 'meloloskan' diri dengan pantas bagi berada di depan. Agak mustahil buatnya untuk membuka jarak memandangkan kekuatan jentera dan tahap tunggangan para pelumba hampir sama. Hakim dan para pelumba lain sering bertukar-tukar posisi dari awal hingga ke lap akhir.

Memandangan Hakim merupakan pelumba dengan kelajuan purata paling pantas, dia hampir-hampir berjaya membuat kejutan di tempat pertama tetapi sayangnya telah ditewaskan di saat-saat akhir. Juara perlumbaan kedua menjadi milik Angel Piqueras dari Sepanyol dengan catatan masa 26:09.348s diikuti Marcos Ruda juga dari Sepanyol di tempat ketiga. Hakim yang hanya ketinggalan sejauh 0.017s sahaja. Tahniah diucapkan! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.