RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Mei 2023

Sistem Komunikasi Radio Diuji untuk MotoGP

Pihak penganjur MotoGP sedang menguji sistem telekomunikasi  yang menggunakan gelombang radio. Sistem ini hanya boleh digunakan oleh Pengarah Perlumbaan untuk berhubung dengan para pelumba jika terdapatnya situasi bahaya di atas litar, seperti halangan, minyak atau perlumbaan diberhentikan untuk tujuan keselamatan.

Terdapat banyak keluhan bahawa sistem ini akan menjadikan MotoGP seperti Formula 1, di mana pasukan-pasukan boleh berhubung secara langsung dengan pemandu. Sudah terdapat beberapa kes di mana strategi perlumbaan ditentukan oleh pasukan dan bukan oleh pemandu itu sendiri. Oleh itu, pihak pengelola MotoGP menegaskan bahawa hanya Pengarah Perlumbaan sahaja yang boleh menggunakan sistem ini.

Pelumba Yamaha MotoGP, Fabio Quartaro merupakan antara penunggang yang mencuba sistem ini ketika sesi percubaan di litar Jerez baru-baru ini.

Dia berpendapat bahawa sistem ini hanya patut digunakan hanya bila betul-betul diperlukan. "Ia seharusnya digunakan hanya jika ada kecemasan," kata Quatararo, "kerana ia menyusahkan apabila mendengar sesuatu pada telinga ketika berlumba. Namun, ia bagus untuk keselamatan, seperti bendera merah atau terdapat motosikal yang terjatuh di tengah litar."

Buat masa ini, Pengarah Perlumbaan menggunakan sistem komunikasi teks yang dipaparkan pada papan pemuka motosikal. Tetapi, Quatararo antara penunggang yang mendapati bahawa sistem itu sukar untuk dibaca. "Kami jarang melihat papan pemuka atau meter motosikal ketika berlumba. Contohnya, kami tahu di mana titik RPM yang paling tepat untuk menukar gear tanpa perlu melihat meter. Kami bertumpu perhatian kepada litar dan khususnya di atas litar yang berjarak pendek seperti Jerez ini."

Sistem telekomunikasi ini masih di tahap prototaip dan penunggang terpaksa memasukkan alat pendengaran di dalam telinga seperti alat pendengaran bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Quatararo terpaksa memakai pengikat rambut bagi mengekalkannya di dalam telinga. Dia berharap ia dapat diperbaikki.

Kenapa MotoGP tidak guna sahaja sistem komunikasi yang dikhususkan oleh penunggang motosikal seperti Cardo, Sena, uClear dan sebagainya?

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.