RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Mei 2023

Hakim Danish Akan Berikan Yang Terbaik Hujung Minggu Ini

Kejuaraan FIM JuniorGP pusingan kedua akan berlabuh di Valencia pada minggu ini. Hakim akan bersaing di Litar Ricardo Tormo, Cheste yang merupakan litar tidak lagi asing dalam kejuaraan dunia MotoGP sebagai litar penutup musim.

Perlumbaan JuniorGP diadakan sebanyak dua kali di litar ini iaitu pada minggu ini dan untuk pusingan terakhir. Beliau akan beraksi dalam kategori European Talent Cup (ETC) manakala Danial Syahmi yang sepatutnya bersaing untuk kategori JuniorGP tidak akan bersaing dan masih dalam proses pemulihan berikutan kecedraan yang dia alami bulan lepas.

"Setelah berlumba di Le Mans untuk RBRC, saya akan kembali beraksi untuk pusingan ke-2 saingan JuniorGP dalam kategori ETC. Saya akan menjalani pemeriksaan terlebih dahulu menjelang sesi pertama Khamis ini untuk kepastian sama ada saya cergas untuk berlumba. Keadaan fizikal saya cukup baik sekali dan bersedia untuk berjuang hujung minggu ini. Saya akan berikan yang terbaik dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan penuh kepada saya," kata Hakim Danish.

Sesi ujian latihan bakal dijalankan sebanyak dua kali pada hari Khamis, 2 sesi pada hari Jumaat dan Sabtu. Manakala untuk kualifikasi dijalankan pada hari Ahad dan akan ada dua perlumbaan European Talent Cup. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.