RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Mei 2023

Toprak Razgatlioglu Bakal Sertai Pasukan BMW Motorrad WSBK

Pasukan BMW Motorrad Motorsport bakal beraksi dalam saingan WorldSBK musim hadapan (2024) dengan menampilkan jaguh baru mereka iaitu Juara WSBK 2021, Toprak Razgatlioglu. Ya...mulai tahun hadapan Razgatlioglu akan menyertai skuad factory menggunakan jentera BMW M 1000 RR dari Pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK.

Toprak Razgatlioglu telah menyempurnakan empat musim bersama pasukan Yamaha  WorldSBK sejak memulakan kariernya bersama pasukan Jepun itu bermula pada tahun 2020. Berbekalkan semangat dan skiill tunggangang yang tinggi, Razgatlioglu mengecapi kejayaan demi kejayaan dan kini merupakan antara tiga pelumba terbaik di saingan kelas prima.

Sebelumnya, Van der Mark juga membuat keputusan meninggalkan Yamaha ke BMW pada musim 2021. Marco Melandri juga melakukan hal yang sama ketika bersama Yamaha tetapi beralih kepada BMW pada tahun kempen 2012. Perpindahannya itu telah memberikannya kejayaan apabila membawa pulang kemenangan pertama BMW. Melandri terkenal sebagai pelumba paling berjaya di bawah pengeluar Jerman itu dan ia adalah sasaran utama yang Razgatlioglu akan cuba dicapai pada musim-musim akan datang.

Razgatlioglu akan memacu jentera M 1000 RR dalam saingan musim hadapan dan ia merupakan pengeluar ketiga selepas Kawasaki dan Yamaha. Masih belum ada maklumat mengenai siapakah pelumba yang menjadi rakan sepasukannya tetapi kekuatan mental dan fizikal Razgatlioglu sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

"Selamat datang ke keluarga BMW Motorrad Motorsport, Toprak Razgatlioglu. Kami berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran beliau ke skuad factory WorldSBK musim depan. Saya sangat berbangga bahawa Toprak telah memilih untuk sertai BMW Motorrad. Ini adalah langkah berpandangan ke hadapan untuk projek kami dan komitmen kuat BMW Motorrad Motorsport dalam kejuaraan World Superbike," kata Dr. Markus Schramm, Ketua BMW Motorrad. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.