RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 Jun 2023

Danial Syahmi Ganti Damok Untuk Saingan Moto3 di GP Jerman Minggu Ini

Berikutan kecederaan Damok di #ItalianGP, beliau tidak dapat beraksi untuk #GermanGP yang berlangsung minggu ini. Danial Syahmi telah dipilih untuk mengantikan Damok untuk bersaing di dalam Kejuaraan Dunia Moto3 sebagai pelumba gantian untuk minggu ini.

Danial bersaing di dalam Kejuaraan FIM JuniorGP dan juga Red Bull MotoGP Rookies Cup pada musim ini. Beliau yang baru sahaja pulih dari kecederaan buku lali telah membuat penampilan pertama musim ini di JuniorGP yang bertempat di Jerez pada dua minggu lalu. Danial menunjukan aksi cemerlang apabila berjaya menempatkan diri di tempat ke-8 pada perlumbaan pertama dan tempat ke-15 pada perlumbaan kedua dan berjaya meraih 10 mata pertama untuk kedua-dua perlumbaan.

Danial Syahmi 'kiri' dan Damok.
Danial Syahmi 'kiri' dan Damok.



Dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup di Mugello, Danial menamatkan perlumbaan pertama dan kedua di tempat ke-8 dan 14 sekaligus berjaya mengutip mata pada kedua-dua perlumbaan juga. Danial kini di tempat ke-16 di kejuaraan tersebut dengan 23 mata.

"Saya amat gembira dengan berita ini dan ini merupakan 'debut' pertama saya di Moto3 World Championship. Saya akan mengunakan peluang ini dan akan mengunakan ianya sehabis baik dengan memberikan prestasi yang bagus. Saya ingin berterima kasih kepada MT Helmets-MSi, SIC Racing, ZK Racing, dan Junior Talent Team di atas peluang ini," kata Danial.

Penampilan Danial di Moto3 ini merupakan kali pertama beliau beraksi di dalam Kejohanan Dunia ini. Sama sama kita nantikan aksi Danial di dalam #GermanGP. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.