RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Oktober 2019

Rea Buka Langkah

Selepas berehat hampir dua bulan, para pelumba kembali menyarung sut perlumbaan untuk meneruskan persaingan yang kini tinggal empat pusingan sahaja lagi sebelum tamat. Kemampuan juara bertahan, Jonathan Rea mula terserlah sejak pusingan ketujuh yang berlangsung di Misano Jun lalu. Kematangan dan kecemerlangan Bautista tercalar apabila Rea menang hampir di setiap pusingan sehinggalah pada persaingan pusingan 10 yang berlangsung di Litar Autodromo International, Portugal pada awal September lalu.

Setelah mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan, Rea berjaya bermula di petak pertama diikuti Tom Sykes bersama jentera BMWnya dan pelumba Yamaha, Sandro Cortese di petak ketiga. Lap pertama menunjukkan Rea telah cuba disekat oleh Sykes dan Leon Haslam. Tanpa disedari, Chaz Davies dan Toprak Razgatlioglu yang bermula jauh di belakang berjaya merapatkan diri sehingga berupaya menyertai kelompok hadapan. Sykes terbabas tidak lama kemudian manakala Haslam juga tidak mampu bertahan dan mula ketinggalan.

Ketika masing-masing cuba mengejar dan mencari kedudukan podium, Rea mula mengorak langkah sehingga tiga saat di hadapan dan sudah membayangkan meraih kemenangan di litar tersebut buat kali kelapan berturut-turut. Davies dan M. Van Der Mark cuba mengatasi satu sama lain dan apabila masuk ke saat-saat akhir, tayar adalah faktor utama untuk memberikan kemenangan atau sebaliknya.

Rea akhirnya muncul juara dengan kelebihan hampir empat saat di depan diikuti Davies dan M. Van Der Mark yang juga berjaya ke podium. Bautista telah mempamerkan tunggangan sangat hebat dengan memintas beberapa pelumba di hadapannya seperti Melandri untuk tempat keempat diikuti Haslam.

“Ucapan jutaan terima kasih buat seluruh pasukan yang telah bersusah payah menyiapkan jentera saya khususnya dalam cuaca yang panas begini. Saya berusaha cukup gigih sejak di lap awal dan ada kalanya menjadi gugup. Saya membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dan membawa balik jentera dengan selamat!” Kata Rea.

Perlumbaan 2 ternyata lebih sengit kerana kedua-duanya, Rea dan Bautista tidak mahu menyerah kalah. Bautista pastinya mahu menebus kegagalannya dalam saingan pertama. Rea bermula dengan sempurna tetapi segera dikejar oleh M. Van Der Mark dan Razgatlioglu. Bautista pada awalnya agak ketinggalan tetapi sedikit demi sedikit mendapat rentak untuk memintas seorang demi seorang.

Kini tinggal dua pelumba sahaja yang perlu dia tewaskan sebelum berada di belakang Rea. Kebangkitan Bautista cukup bergaya apabila berjaya menewaskan  M. Van Der Mark dan Razgatlioglu. Dalam lap penutup, Rea ternyata memiliki rentak lebih baik berbanding pencabarnya tetapi apabila tiba di laluan lurus, kuasa jentera Ducati membolehkan Bautista merapatkan kedudukan seterusnya mencipta kemenangan pertamanya di Portugal penuh bermakna. Pelumba Turki, Razgatlioglu sekali lagi meraih podium di tempat ketiga di belakang Rea.

“Sudah terlalu lama sejak kali terakhir saya menjadi juara dan saya amat gembira sekali. Beberapa perlumbaan sebelum ini agak sukar untuk saya tetapi semuanya terus memberi sokongan... jadi saya amat berterima kasih. Saya masih belum 100% sihat dan tidak ada banyak tenaga. Saya berjuang bermati-matian walaupun keadaan tayar yang jelas semakin teruk,” komen Bautista.

Rea kini berada di tangga teratas keseluruhan dengan 490 mata. Bautista terus memberi harapan buat pasukannya di tangga kedua (399 mata) dan Alex Lowes di tangga ketiga dengan 249 mata.

WSSP

Hanya 0.333s sahaja yang membezakan juara dan naib juara dalam pertembungan penuh aksi di antara dua rakan sepasukan, Caricasulo dan Krummenacher di perlumbaan pusingan ke-10 yang lalu. Caricasulo bermula cukup cantik untuk memimpin perlumbaan dan dengan pengendalian cukup mantap, dia berjaya membuka jarak tidak lama kemudian. Di belakangnya terdapat tiga pelumba yang cukup matang cuba mengekori dengan tenang. Mereka ialah Mahias, Vinales dan Cluzel. Vinales kemudiannya dilanda masalah dan memaksanya pulang lebih awal.

Pada lap keempat, Krummenacher mula mengerah tenaga jenteranya untuk memintas Cluzel dan kemudiannya Mahias. Walaupun Mahias cuba menidakkan kemaraan Krummenacher, segala usahanya gagal dan beliau terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. Krummenacher dan Caricasulo terus bertarung sengit dan cuba atasi satu sama lain sehinggalah di saat akhir di mana kemenangan berpihak kepada Caricasulo.

WorldSSP300

Tahniah buat Scott Deroue dari pasukan Kawasaki yang muncul juara dalam perlumbaan WorldSSP300 selepas mengharungi satu pertarungan yang cukup sengit. Kemenangan pelumba dari Nijkerkerveen, Netherlands ini juga membuka kembali peluangnya untuk meraih takhta kejuaraan yang diidamkan selama ini. Apa pun, ia bukanlah tugas mudah tambah-tambah lagi dengan suhu litar yang semakin panas.

Kecekalan dan semangat juang tinggi adalah faktor penting untuk berjaya. Inilah yang dipamerkan oleh kesemua para pelumba WSSP300 termasuklah Deroue dan Micheal Gonzalez yang telah mempamerkan tunggangan cukup 'berbisa' untuk meraih tempat kedua. Seorang lagi pelumba Kawasaki, Ana Carrasco membuktikan pelumba wanita juga amat pantas dengan kejayaan di tempat ketiga.

Dengan kemenangan penuh bererti itu, Scott Deroue berjaya menambah 25 mata lagi untuk berada di tangga kedua keseluruhan dengan 99 mata. Manuel Gonzalez masih terus kukuh di tangga tertinggi dengan 128 mata. Perlumbaan seterusnya berlangsung di Litar MagnyCours, Perancis pada 29 September diikuti San Juan, Argentina pada minggu kedua bulan Oktober ini. RR

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.