RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Jun 2023

Hakim Danish Hampir Capai Podium di Litar Assen

Pelumba negara, Hakim Danish menamatkan saingan Perlumbaan 1 di tempat kelima walaupun terpaksa berhempas pulas untuk kekal dalam kelompok utama di sepanjang saingan. Danish bermula dengan baik dan ini amat penting khususnya dalam perlumbaan yang sangat kompetitif.

Danial Syahmi '57' & Hakim Danish.
Danial Syahmi '57' & Hakim Danish.
Hakim Danish.
Hakim Danish.

Para pelumba di hadapan seperti Alvaro Carpe, Angel Piqueras, Casey O'Gorman dan Jacob Roulstone memiliki kepantasan dan keberanian yang cukup luar biasa. Danish hanya ketinggalan 0.5 saat berbanding penunggang di hadapan sekali tetapi amat sukar untuk meloloskan diri hinggalah ke lap terakhir.

Hakim Danish '13' bertarung sengit untuk menamatkan saingan ke tempat kelima.
Hakim Danish '13' bertarung sengit untuk menamatkan saingan ke tempat kelima.

“Pada permulaan, saya tidak mendapat permulaan yang baik. Saya cuba sehabis baik bersaing di kelompok hadapan, agak sukar tapi saya kekal bersama kelompok hadapan sehingga pusingan terakhir. Pada sektor terakhir di pusingan terakhir, saya sedikit wide dan tidak berjaya mendapatkan podium. Esok Race 2, saya akan berikan yang terbaik lagi. Terima kasih semua” komen Danish.

Perebutan tempat-tempat di podium sememangnya cukup sengit dan Danish juga memiliki rentak yang posisitf untuk berada di depan. Namun begitu, harapan untuk mendapatkan keputusan lebih baik dalam saingan kedua berkecai apabila Danish terbabas ketika saingan berbaki 4 lap sahaja lagi.

Hakim Danish '13' cuba menyerang dari luar.
Hakim Danish '13' cuba menyerang dari luar.

“Saya berasa yakin dan selesa dengan jentera. Namun tidak bernasib baik apabila terjatuh dan tidak dapat menamatkan perlumbaan. Terima kasih kepada semua yang menyokong. Saya akan fight lagi pada pusingan berikutnya iaitu di Red bull Ring, Australia,” tambah Danish yang kini berada di tangga kesembilan keseluruhan dengan 67 mata.

Danial Syahmi '57'.
Danial Syahmi '57'.

Danial Shahril pula berjaya menamatkan saingan di tempat ke-16 walaupun pada mulanya berpotensi untuk berada di kedudukan lebih baik. Ini disebabkan pelumba di hadapan Danial ter'miss' gear dan menyebabkan kelajuan turun mendadak. Untuk elakkan daripada terlanggar, Danial juga terpaksa memperlahankan kelajuan dan menyebabkan dia kehilangan peluang untuk menambah mata. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.