RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Ogos 2023

Kasma Hadiahkan Kemenangan Buat Haruki

Pelumba pasukan Yamaha Gen Blu Racing, kasma Daniel Kasmayudin meraih kemenangan bagi kategori MSBK1000 A dalam pusingan 1 di perlumbaan 2 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK 2023) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad lalu.

Dalam perlumbaan 1 yang berlangsung pada hari Sabtu, Azroy dan Kasma telah mempamerkan persembahan yang cukup hebat untuk merebut kedudukan pertama. Walaupun diberi tentangan sengit oleh Kasma, pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing Team itu tetap mempertahankan kedudukannya untuk meraih kemenangan. Kasma menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala Osama di tangga ketiga.

Perlumbaan 2 - Sebaik sahaja perlumbaan bermula, Kasma terus memecut dengan laju untuk memimpin perlumbaan diikuti Azroy Hakeem Anuar di P2 dan Azlan Shah di P3. Pada pertengahan saingan, Azroy semakin mengekori rapat di belakang Kasma. Tetapi Kasma tidak memberi ruang dan terus meningkatkan kelajuan jentera. Walaubagaimanan pun Azroy tetap tidak berputus asa untuk cuba memintas Kasma.

Sementara itu, Azlan Shah yang berada di P3 tidak diberi tekanan oleh pelumba-pelumba lain. Berbaki lagi tiga pusingan, saingan antara Kasma dan Azroy semakin sengit. Azroy kemudian berjaya memintasnya, tetapi Kasma dengan cepat merampas kudukan P1 semula. Pada pusingan akhir, kedua-dua pelumba berada 27 saat di hadapan Azlan. Kasma akhirya melepas garisan penamat di tangga pertama pada 21'21:258s.

"Saya menghadiahkan kemenangan ini buat Haruki yang merupakan rakan saya dan pesaing hebat dalam ARRC. Saya tetap fokus dan kekal konsisten dalam perlumbaan walaupun Azroy berada rapat di belakang," kata Kasma.

Di tempat kedua ialah Azroy Hakeem Anuar dengan catatan masa 21'23:084s dan pelumba pasukan Horizon Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman memenangi kedudukan ketiga dengan 21'56:129s. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.