RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Ogos 2023

Minggu Sempurna Buat Pecco...Raih Podium ke-50!

Francesco Bagnaia (Pasukan Lenovo Ducati) mengakhiri hujung minggu di CryptoDATA Motorrad Grand Prix von Österreich (Litar REd Bull Ring, Austria), dengan sempurna apabila mempamerkan prestasi yang tiada tandingan seterusnya menghadiahkan posisi podium ke-50 buat dirinya.

Tunggangan sempurna daripada penyandang juara, Francesco Bagnaia.
Tunggangan sempurna daripada penyandang juara, Francesco Bagnaia.

Bagnaia melancarkan serangan sangat awal untuk mengatasi pecutan holeshot yang dilakukan oleh Brad Binder. Jack Miller juga bermula cantik untuk melonjakkan dirinya ke P3. Seterusnya Maverick Viñales dikerumuni ramai pelumba lain pada lap-lap awal yang kesemuanya semakin bersemangat untuk mencari kemenangan.

Pecco '1' memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir.
Pecco '1' memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir.
Pecco '1' berjaya menewaskan pencabarnya Brad Binder yang turut memiliki rentak yang mantap.
Pecco '1' berjaya menewaskan pencabarnya Brad Binder yang turut memiliki rentak yang mantap.

Ketika Binder cuba mengejar Pecco di hadapan. Alex Marquez kemudian memintas Miller untuk P3 pada penghujung Lap 4 tetapi masih agak jauh di belakang Pecco dan Binder. Marco Bezzecchi dan rakan sepasukannya, Luca Marini dengan pantas mengejar dan kemudiannya berjaya menewaskan Miller.

Pemenang tempat ketiga, Marco Bezzecchi.
Pemenang tempat ketiga, Marco Bezzecchi.
Fabio Quartararo tamatkan sainganya di Austria di tempat kelapan.
Fabio Quartararo tamatkan sainganya di Austria di tempat kelapan.
Takaaki Nakagami, hanya mampu berada di posisi ke-18.
Takaaki Nakagami, hanya mampu berada di posisi ke-18.

Brad Binder akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala Bezzecchi yang tenang mengejar akhirnya membuat serangan cukup padu mengenepikan A. Marquez dan merampas kedudukan ketiga di podium.

Dari kiri: Brad Binder, Francesco Bagnaia & Marco Bezzecchi.
Dari kiri: Brad Binder, Francesco Bagnaia & Marco Bezzecchi.
Joan Mir '36' dan Marc Marquez terus menggalas cabaran buat pasukan Repsol Honda.
Joan Mir '36' dan Marc Marquez terus menggalas cabaran buat pasukan Repsol Honda.

Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) akhirnya mendapat rentak di penghujung saingan dan berjaya mengatasi Aleix Espargaro untuk tempat kelapan manakala Enea Bastianini mencapai sasarannya di antara 10 pelumba terbaik di pusingan kali ini.

Franco Morbidelli '21' memintas Marc Marquez untuk raih tempat ke-11.
Franco Morbidelli '21' memintas Marc Marquez untuk raih tempat ke-11.


Minggu yang agak sukar buat pelumba LCT Honda Castrol, Iker Lecuona.
Minggu yang agak sukar buat pelumba LCT Honda Castrol, Iker Lecuona.

Franco Morbidelli melintasi garisan penamat di tempat ke-11 dan diikuti Marc Marquez di tempat ke-12 yang akhirnya berjaya meraih mata serta menamatkan perlumbaan buat kali pertama sejak 301 hari. RR

Kedudukan Pemenang Litar Red Bull Ring

  1. Francesco Bagnaia 42:23.3150s
  2. Brad Binder +5.191s
  3. Marco Bezzecchi +7.708s
  4. Luca Marini +10.343s
  5. Alex Marquez +11.039s

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.