RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 September 2023

Pasukan Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing Tawan Kedudukan 1-2 di Teluk Intan

Pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Teluk Intan ditawan oleh pasukan Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing di mana Ahmad Afif Amran di tempat pertama dan Md Akid Aziz di kedudukan kedua di perlumbaan akhir untuk kategori CP150.

Afif memulakan perlumbaan di petak pertama selepas berjaya mencatatkan masa terpantas 47'238s pada sesi "Super-Pole" di sebelah pagi. Manakala rakan sepasukannya, Akid berada di petak kedua dengan catatan masa 47'310s dan Muzzakir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team di petak ketiga dengan 47'608s.

Akid bermula dengan baik dan memimpin perlumbaan selepas memintas Afif di selekoh pertama. Diikuti Muzakkir di P3 dan Azroy Hakeem di P4. Manakala kelompok kedua, Helmi mengambil kedudukan kelima sambil cuba mara rapat kelompok di hadapannya. Pada pusingan ketiga, Azroy dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team berajaya memintas Muzakkir untuk berada di belakang kedua-dua pelumba pasukan CKJ Racing itu. Kedudukan Muzakkir di P4 tidak lama apabila dipintas oleh Helmi di selekoh-u. Berbaki lagi 10 pusingan, Azroy mula merapatkan jurang dengan Afif.

Kedua-dua pelumba jentera Yamaha itu tampak hebat mempertahankan kedudukan mereka. Namun, pelumba Honda di belakang mereka tidak berputus asa dengan memberikan tentangan yang sengit. Azroy kemudian berjaya memintas Afif di selekoh-u untuk seketika sebelum kedudukannya dirampas semula oleh pelumba CKJ Racing tersebut. Berbaki sahaja lagi 6 pusingan, kedudukan Akid selaku pendahulu kukuh tanpa tekanan. Walaubagaimana pun, Afif kembali memberi tekanan kepada Akid dengan berbaki lagi 3 pusingan. Afif berjaya merampas kedudukan pertama. Ketiga-tiga pelumba mula bersaing dengan rapat untuk merebut kejuaraan sebaik tiba di pusingan terakhir. Akid mula menyerang Afif dan berjaya memintasnya di selekoh.

Tiba sahaja di selekoh-u, Azroy nekad memintas Afif di sebelah dalam, tetapi gagal mengawal jentera dan terlanggar Akid yang berada di kedudukan pertama ketika itu. Kesilapan itu memberikan peluang keemasan kepada Afif untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 15'45:009s.

"Sejak awal lagi saya sudah jangka yang Akid dan Azroy akan memberikan saingan sengit. Litar yang mempunyai banyak laluan lurus beri kelebihan buat mereka. Tetapi saya cuba kekalkan kedudukan dan mengambil peluang di selekoh-u," kata Afif Amran.

Rakan sepasukannya, Akid terpaksa akur menamatkan cabaran di tangga kedua (15'49:276s) dan Azroy Hakeem Anuar mendapatkan kedudukan ketiga dengan 15'50:184s. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.