RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 September 2023

GIVI Rimba Raid 2023: Hazim Hayazi, Juara Kelas C

Tahniah buat pelumba muda negara, Hazim Hayazi dari pasukan Fantic Racing Malaysia di atas kejayaannya memenangi saingan Kategori C di perlumbaan penuh cabaran, GIVI Rimba Raid 2023. Ini merupakan kali kedua Hazim menyertai perlumbaan ini. Tahun lalu, Hazim memberi cabaran menggunakan Fantic Cabarello 500 Rally manakala untuk 2023 pula, dia menunggang Fantic XEF 250 Trail.

Sekali lagi saingan Rimba Raid 2023 diadakan di Taman Negara, Kuala Tahan dan kali ini laluannya sejauh sejauh 196 kilometer merentasi laluan-laluan sukar (offroad) yang ini ternyata merupakan ujian getir buat penunggang dan jenteranya.

Antara laluan paling mencabar buat para pelumba ialah di 'Tangga Derita' yang mengerahkan seluruh tenaga dan skill pelumba untuk laluan pendakian yang cukup sukar. Para pelumba juga terpaksa merentasi beberapa buah sungai yang bagaikan 'perangkap' yang sentiasa menunggu ketibaan mangsanya. Kecekapan kawalan amat diperlukan untuk menyempurnakan cabaran di Sandbank sebelum para pelumba berhenti untuk menambah bahan api.

Perlumbaan Prologue untuk mendapatkan kedudukan pelumba di peringkat awal.
Perlumbaan Prologue untuk mendapatkan kedudukan pelumba di peringkat awal.
Ahmad Daniel '318' bermula dengan baik diikuti Hazim Hayazi.
Ahmad Daniel '318' bermula dengan baik diikuti Hazim Hayazi.
Konvoi baru sampai ke tempat permulaan saingan Rimba Raid 2023.
Konvoi baru sampai ke tempat permulaan saingan Rimba Raid 2023.
Irwin Gan dari Singapura.
Irwin Gan dari Singapura.

Untuk kedudukan posisi di grid permulaan, ia dipilih berdasarkan catatan masa terpantas yang dicipta oleh para pelumba dalam Perlumbaan Prologue. Setiap pelumba dilepaskan berasingan dengan peluang mendapatkan masa terpantas dalam 3 lap percubaan. Masa terbaik buat Hazim ialah 35.169s yang meletakkannya di grid yang kelima. Paling laju dalam Perlumbaan Prologue ialah Traiphop Boontaeng dengan catatan masa 32.788s yang menunggang KTM 350 EXC-F.

Wawan Kadri '419' dari Indonesia & Yeonsoo Yun dari Korea Selatan.
Wawan Kadri '419' dari Indonesia & Yeonsoo Yun dari Korea Selatan.
Muhd Nazmee '210' & Pruchayar Chaiyasotthi dari Thailand.
Muhd Nazmee '210' & Pruchayar Chaiyasotthi dari Thailand.

Kemantapan kawalan serta semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh Hazim membolehkannya melakar sejarah pasukan dan peribadi sebagai juara Kelas C dengan catatan masa keseluruhan 3:41:34.393s.

Tahniah buat para pemenang yang berjaya menamatkan saingan.
Tahniah buat para pemenang yang berjaya menamatkan saingan.
Padu!!!!
Padu!!!!

Tempat kedua dimenangi oleh Traiphop Boontaeng dengan perbezaan masa hampir 14 minit manakala pelumba dari Singapura, Eric Chia berjaya meraih tempat ketiga selepas menyempurnakan 'tugasan' sekitar empat jam. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.