RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 September 2023

MotoGP 2023: Marco Bezzecchi Juara Sulung GP India, Fabio Quartararo kembali ke podium!

Perlumbaan pusingan ke-13 membawa para pelumba dan kita semua ke destinasi terbaru dalam sejarah MotoGP iaitu Litar Antarabangsa Buddh, India. Kali terakhir perlumbaan bertaraf antarabangsa dianjurkan di litar ini ialah Kejuaraan Formula 1 iaitu pada tahun 2011 hingga 2013. Sememangnya ketibaan jentera dan pelumba MotoGP amat ditunggu-tunggu oleh para peminat dua roda khususnya.

Pelumba Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi melakarkan namanya sebagai juara sulung kelas perdana di litar ini selepas mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga.

Jorge Martin '89' bermula dengan baik untuk memimpin perlumbaan.
Jorge Martin '89' bermula dengan baik untuk memimpin perlumbaan.
Tunggangan sempurna  Bezzecchi memberikannya kelebihan lebih daripada 8 saat di hadapan pemenang tempat kedua.
Tunggangan sempurna Bezzecchi memberikannya kelebihan lebih daripada 8 saat di hadapan pemenang tempat kedua.

Perlumbaan awal yang pada mulanya dijadual sebanyak 24 lap telah dipendekkan tiga lap kerana masalah cuaca. Bezzecchi yang bermula di petak pertama dengan segera telah dipintas oleh Jorge Martin dan Francesco Bagnaia sebaik sahaja perlumbaan dimulakan. Cubaan Martin membuka jarak diawal saingan tidak begitu baik apabila dia agak melebar di Selekoh 4 seterusnya memberi peluang untuk Bagnaia dan Bezzecchi merampas kedudukan.

Fabio Quartararo '20' memintas Joan Mir '36' manakala Johann Zarco '5' mengekori rapat dari belakang.
Fabio Quartararo '20' memintas Joan Mir '36' manakala Johann Zarco '5' mengekori rapat dari belakang.
GP India memberi keputusan cukup positif buat para pelumba Repsol Honda.
GP India memberi keputusan cukup positif buat para pelumba Repsol Honda.
Joan Mir 'gambar' dan para pelumba lain diuji dengan suhu di litar yang tinggi.
Joan Mir 'gambar' dan para pelumba lain diuji dengan suhu di litar yang tinggi.

Marc Marquez yang telah meraih podium (ketiga) dalam Sprint Race ternyata memiliki semangat yang cukup membara untuk memberi cabaran. Sayangnya dia terbabas pada Lap 5 tetapi masih mampu menyambung semula saingan.

Rentak Bezzecchi makin lama makin pantas. Selepas berjaya memintas Bagnaia, Bezzecchi tidak lagi memandang ke belakang dan terus memecut meninggalkan semua para pencabarnya hingga tamat perlumbaan. Bagnaia pula semakin tertekan apabila terbabas ketika saingan berbaki 8 lap sahaja lagi dan ini adalah saat terbaik untuk Martin mendapatkan kedudukan di podium.

Francesco Bagnaia '1' hampir berjaya mendapatkan mata yang cukup penting sebelum terbabas beberapa lap sebelum tamat.
Francesco Bagnaia '1' hampir berjaya mendapatkan mata yang cukup penting sebelum terbabas beberapa lap sebelum tamat.
 Wajah kegembiraan Fabio Quartararo dan seluruh pasukannya selepas kembali ke podium.
Wajah kegembiraan Fabio Quartararo dan seluruh pasukannya selepas kembali ke podium.

Namun begitu, Martin di'hantui' oleh Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) yang tidak henti-henti memberi tekanan. Walaupun terpaksa berhempas pulas, pelumba paling ceria di garisan penamat tentulah Quartararo yang akhirnya berjaya kembali ke podium 0.206s di belakang Martin.

Brad Binder dicabar hebat oleh Joan Mir sebelum berjaya meraih tempat keempat.
Brad Binder dicabar hebat oleh Joan Mir sebelum berjaya meraih tempat keempat.
Takaaki Nakagami menamatkan saingan di tempat ke-11.
Takaaki Nakagami menamatkan saingan di tempat ke-11.

Tempat keempat menjadi milik Brad Binder yang berjaya menewaskan Joan Mir yang juga dilihat semakin selesa mengendalikan jenteranya di litar Buddh ini.

Stefan Bradl tidak mengecewakan pasukan dengan kejayaan meraih mata di GP India.
Stefan Bradl tidak mengecewakan pasukan dengan kejayaan meraih mata di GP India.

Kedudukan Juara Keseluruhan MotoGP 2023 kini semakin terbuka berikutan kegagalan Bagnaia meraih sebarang mata manakala pencabar utamanya (Jorge Martin) menjadi naib juara. Pelumba bernombor '1' itu kini masih di tangga teratas carta dengan 292 mata, tetapi kini hanya 13 mata sahaja di depan Jorge Martin di tangga kedua. Semua pelumba perlu bersedia untuk menyahut cabaran di Litar Motegi, Jepun pada 29 September – 1 Oktober 2023. RR

Kedudukan Keseluruhan MotoGP 2023

  • Francesco Bagnaia    292 mata
  • Jorge Martin              279 mata
  • Marco Bezzecchi       248 mata
  • Brad Binder               192 mata
  • Aleix Espargaro         160 mata

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.