RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 September 2023

WorldSBK 2023 (Litar Aragon): Alvaro Bautista Terus Kukuh Di Tangga Teratas

Alvaro Bautista (Aruba.it Racing – Ducati) menebus kembali kekecewaanya dalam Perlumbaan 1 dengan mencipta kemenangan penuh bergaya di saingan kedua untuk mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas kejuaraan musim ini. Terlebih dahulu, pelumba dari Sepanyol itu telah terbabas sebanyak dua kali yang menyebabkan dia terpaksa bersara tanpa sebarang mata.

Adakah Alvaro Bautista mampu meraih gelaran juara WorldSBK musim ini?
Adakah Alvaro Bautista mampu meraih gelaran juara WorldSBK musim ini?

Perlumbaan 1 telah dimenangi oleh Michael Ruben Rinaldi yang juga menamatkan kemarau juara selama dua tahun. Mengambil kedudukan tangga podium kedua ialah jaguh pasukan Yamaha, Toprak Razgatlioglu diikuti Jonathan Rea dan Andrea Locatelli masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Bautista terbabas dalam Perlumbaan 1.
Bautista terbabas dalam Perlumbaan 1.
Michael Ruben Rinaldi, juara Perlumbaan 1.
Michael Ruben Rinaldi, juara Perlumbaan 1.
Pertarungan di awal saingan yang cukup mendebarkan.
Pertarungan di awal saingan yang cukup mendebarkan.

Rea melakukan 'holeshot' sebaik sahaja lampu merah dipadamkan tetapi diikuti rapat oleh Andrea Locatelli (Pata Yamaha Prometeon WorldSBK) di tempat kedua. Info: Rea juga dikatakan akan berpindah ke pasukan Pata Yamaha Prometeon WorldSBK musim 2024 nanti.

Toprak Razgsatlioglu '54' menyerang dari luar untuk menewarkan Jonathan Rea.
Toprak Razgsatlioglu '54' menyerang dari luar untuk menewarkan Jonathan Rea.
Toprak Razgatlioglu, Naib Juara untuk Perlumbaan 1 & 2.
Toprak Razgatlioglu, Naib Juara untuk Perlumbaan 1 & 2.
Pertarungan sengit di antara Danilo Petrucci '9', Iker Lecuona '7' & Loris Baz.
Pertarungan sengit di antara Danilo Petrucci '9', Iker Lecuona '7' & Loris Baz.

Bautista kemudiannya berjaya mengatasi kedua-dua pencabarnya untuk merampas kedudukan di depan. Walaupun telah mencuba sedaya upaya, Rea dan Locatelli gagal menyekat kemaraan Bautista yang terus memecut hingga ke garisan penamat.

Rea '65' dan Razgatlioglu sememangnya 'musuh' ketat di litar sejak dari dulu lagi.
Rea '65' dan Razgatlioglu sememangnya 'musuh' ketat di litar sejak dari dulu lagi.

Para penonton lebih tertumpu kepada perebutan tempat kedua di antara Locatelli, Rea dan Razgatlioglu. Rea mula menyerah kalah kepada dua pelumba Yamaha dan sekali lagi menerima nasib yang sama apabila dipintas pula oleh Rinaldi tidak lama kemudian.

Hafizh Syahrin terus bersemangat untuk dapatkan keputusan lebih baik.
Hafizh Syahrin terus bersemangat untuk dapatkan keputusan lebih baik.
Minggu yang sukar buat Hafizh '35' & rakan sepasukannya, Granado '51'.
Minggu yang sukar buat Hafizh '35' & rakan sepasukannya, Granado '51'.

Razgatlioglu di tempat kedua manakala Locatelli pula terpaksa bersara apabila jenteranya menghadapi masalah teknikal. Ini membolehkan Rinaldi melompat ke posisi ketiga untuk mendapatkan tangga terakhir podium, 7.109s di belakang Bautista yang meraih kemenangan.

Andrea Locatelli menyifatkan perlumbaan kali ini antara yang terbaik dalam kariernya.
Andrea Locatelli menyifatkan perlumbaan kali ini antara yang terbaik dalam kariernya.

Rea menamatkan saingan akhir di Litar Aragon di tempat keempat diikuti Axel Bassani, Iker Lecuona dan Philipp Oettl. RR

Senarai Pemenang Perlumbaan 2

  1. Alvaro Bautista (Aruba.it Racing – Ducati)
  2. Toprak Razgatlioglu (Pata Yamaha Prometeon WorldSBK) +4.064s
  3. Michael Ruben Rinaldi (Aruba.it Racing – Ducati) +7.109s
  4. Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK) +14.007s
  5. Axel Bassani (Motocorsa Racing) +15.270s
  6. Iker Lecuona (Team HRC) +17.104s

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.