RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Oktober 2023

Pasukan CKJ Racing Teruskan Misi Memburu Takhta Kejuaraan

Pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix menuju ke Bandar Medini Iskandar buat pertama kali dalam 30 tahun. Para pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CJK Racing Team akan beraksi pada minggu ini untuk merebut takhta kejuaraan kelas CP150.

Ahmad Afif Amran kini menduduki tangga kedua secara keseluruhan dengan jarak 7 mata daripada rakan sepasukannya, Akid Aziz selepas menjadi juara di perlumbaan pusingan ketujuh di Terengganu. Walaupun Akid menamatkan di tempat kedua dalam perlumbaan itu, beliau masih memegang kedudukan pertama keseluruhan dengan jumlah 121 mata.

"Pencabar utama saya adalah Afif, Azroy dan Kasma. Manakala pelumba-pelumba lain juga ada kelebihan masing-masing. Dalam pusingan yang seterusnya, saya jangkakan cabarannya amat berbeza kerana litar yang digunakan untuk pusingan kelapan ini merupakan litar yang baharu," kata Akid.

"Bagi saya, pengendalian yang baik akan memberikan saya masa lap lebih konsisten. Untuk musim ini saya amat bernasib baik kerana mendapat jentera yang bagus. Walaubagaimanapun, saya masih memerlukan 'setup' yang baik kerana masih belum lagi memahami jentera dan masih mencari keselesaan bersama jentera saya. Saya akan terus berusaha dalam perlumbaan seterusnya untuk mempertahankan kedudukan saya," tambahnya.

Menurut Afif, "Pencabar utama saya adalah pelumba dari jentera Honda, Azroy Hakeem dan pelumba Yamaha, Kasma Daniel kerana mereka sangat konsisten di setiap perlumbaan. Walaupun litar tersebut kelihatan mudah, kami akan tahu sehingga kami berlumba nanti. Apa yang penting, di litar yang baru ini adalah talaan saspensi untuk jentera saya. Kekurangan saya buat masa ini adalah berat badan yang semakin meningkat. Saya merupakan antara pelumba yang berat dalam kategori CP150. Namun, saya akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk mencapai target saya. Pasukan saya amat membantu terutama dalam meyediakan jentera yang baik. Mereka sentiasa menyediakan latihan dari segi mental dan fizikal untuk setiap pelumba. Saya sangat berterima kasih."

Perlumbaan pusingan kelapan akan berlangsung pada 6hb - 7hb Oktober 2023 di Bandar Medini Iskandar, Johor. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.