RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Oktober 2023

Danial Syahmi & Hakim Danish Kembali Beraksi Dalam Pusingan ke-6 FIM JuniorGP

Kejohanan FIM JuniorGP kembali lagi untuk pusingan keenam pada hujung minggu ini di Litar Motorland, Aragon, Sepanyol. Litar yang sepanjang 5.1 kilometer dan lebar 15 meter ini mempunyai 10 selekoh kiri dan 7 selekoh kanan. Litar ini juga mempunyai laluan lurus sepanjang 968 meter. Bahagian litar yang paling menarik adalah pada selekoh 12 hingga 15 yang mempunyai selekoh panjang dengan memberi peluang buat para pelumba bersaing dalam cubaan memintas.

Danial Syahmi
Danial Syahmi

Selepas melalui cabaran sukar pada pusingan kelima di Catalunya pada Julai lalu, pelumba negara iaitu Hakim Danish dan Danial Syahmi tidak sabar untuk kembali beraksi di Aragon. Dalam perlumbaan yang lalu, Hakim Danish menamatkan perlumbaan di tempat ke-17 dalam kategori ETC. Manakala Danial Syahmi pula menamatkan perlumbaan pertama di tangga ke-15 dan gagal menamatkan perlumbaan kedua (DNF) dalam kategori JuniorGP.

Kedua-dua pelumba negara ini tekad untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam perlumbaan pada hujung minggu ini.

Hakim Danish
Hakim Danish

Sesi latihan tidak akan disiarkan secara langsung, namun para penonton boleh menonton perlumbaan pada hari Ahad menerusi platform media sosial FIM JuniorGP. Perlumbaan pertama European Talent Cup akan bermula pada jam 6 petang waktu Malaysia, diikuti oleh perlumbaan kedua pada jam 9 malam. Untuk perlumbaan JuniorGP pula berlangsung pada jam 7 petang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.