RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Oktober 2023

Mampukan Marc Marquez Menang Di Buriram Lagi?

Jika bercakap mengenai keputusan yang cemerlang, Litar Buriram menjadi saksi bahawa pasukan Repsol Honda telah menikmati beberapa detik manis yang tidak dapat dilupakan sejak litar ini tersenarai dalam kalendar Kejuaraan MotoGP.

Litar Buriram sepanjang 4.55km dengan lima selekoh kiri dan tujuh kanan yang bercirikan sudut-sudut membrek yang keras dan persaingan kelajuan tinggi. Marc Marquez telah memenangi dua daripada tiga GP Thailand dengan mencipta kemenangan sulung pada perlumbaan pembuka tirai litar tersebut pada 2018 diikuti tahun berikutnya.

Lebih menarik, kemenangan di kedua-dua perlumbaan itu menyaksikan Marquez bertarung hebat dengan Andrea Dovizioso (2018) dan Fabio Quartararo pada tahun 2019. Keputusan kurang baik pada musim lalu apabila dia menduduki tempat kelima.

Marc Marquez.
Marc Marquez.

Tahun ini Marc akan berusaha untuk membuat lebih banyak kemajuan bersama jentera Honda RC213V – untuk kali terakhir! Objektif di GP Thailand minggu ini dengan mendapatkan prestasi lebih cepat dan mantap dari peringkat awal.

Marc Marquez '93' & rakan sepasukannyna, Joan Mir.
Marc Marquez '93' & rakan sepasukannyna, Joan Mir.

“Dari Australia ke Thailand, inilah perubahan suhu yang paling ketara dalam kalendar GP musim ini. Pada saingan yang lalu, ia adalah suatu yang rumit untuk beberapa sebab di Australia. Jadi mari kita fokus pada perlumbaan kali ini kerana Buriram telah menjadi litar yang baik buat kami. Saya meraih kejuaraan 2019 di litar ini dan kami juga menduduki tempat kelima di sana tahun lepas. Sudah tentu keadaan sentiasa berubah dalam MotoGP, tiada yang pasti tetapi kami akan melihat segala kemungkinan dan bersiap sedia,” kata Marc Marquez.

Joan Mir.
Joan Mir.

Bagi Joan Mir pula, keputusan terbaiknya di litar Thailand adalah di tempat ketujuh tetapi sayanganya pelumba Sepanyol itu tidak dapat bersaing di sana tahun lalu akibat kecederaan.

Selepas diuji dengan nasib yang kurang baik pada GP Australia minggu lalu, ini adalah masa terbaik buat Mir untuk mempamerkan kecemerlanganya. Selamat maju jaya! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).