RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Oktober 2023

Alvaro Bautista, Juara WorldSBK 2023

Bertempat di Litar Jerez, Alvaro Bautista dari pasukan Aruba.it Racing telah mempamerkan tunggangan cukup cemerlang dalam kedua-dua saingan untuk menjadi juara pusingan 12 seterusnya menyempurnakan sasarannya untuk dinobatkan sebagai Juara WorldSBK 2023.

Ia adalah hari yang menakjubkan buat Ducati khususnya pasukan Aruba.it Racing dan Feel Racing yang hanya beberapa minggu lalu telah meraikan gelaran juara keseluruhan untuk WorldSSP menerusi Nicolò Bulega yang menunggang Ducati Panigale V2. Kemenangan tersebut juga telah menghadiahkan mereka (Ducati) sebagai Pengeluar Terbaik dalam kategori itu.

Alvaro Bautisra '1' berjaya menewaskan Toprak Razgatlioglu untuk muncul juara.
Alvaro Bautisra '1' berjaya menewaskan Toprak Razgatlioglu untuk muncul juara.

Bagi pengeluar motosikal dari Itali itu, ia adalah Kejuaraan WorldSBK yang ke-16. Pada masa yang sama, keputusan cemerlang yang direkodkan oleh para pelumba pasukan Aruba.it Racing, pasukan Barni dan pasukan Motocorsa, turut menyumbang kepada gelaran Pengeluar Terbaik (ke-19 sejarah Ducati).

Musim terakhir buat Toprak Razgatlioglu dengan pasukan Yamaha.
Musim terakhir buat Toprak Razgatlioglu dengan pasukan Yamaha.
Andrea Locatelli '55' memimpin kumpulan kedua.
Andrea Locatelli '55' memimpin kumpulan kedua.

Bautista melakukan 'holeshot' dan serta merta berusaha untuk menjarakkan diri terutama sekali daripada seteru utamanya Toprak Razgatlioglu yang berjaya meloloskan diri dari kedudukan ketujuh. Ternyata keupayaan Razgatlioglu sememanganya mengagumkan apabila berjaya merapatkan diri.

Perebutan tempat ketiga di antara Jonathan Rea '65', Alex Lowes '22' & Andrea Locatelli '55'.
Perebutan tempat ketiga di antara Jonathan Rea '65', Alex Lowes '22' & Andrea Locatelli '55'.

Segala usaha dan tekanan oleh pelumba dari Turki itu tidak membuahkan hasil, jarak semakin jauh dan bermula pada Lap 11, Razgatlioglu akur dengan keputusan yang dicapainya. Bautista akhirnya melintasi garisan penamat untuk mencipta sejarah sebagai pemenang kelas prima dua tahun berturut-turut buat pasukan Ducati selepas Carl Fogarty pada tahun 1998 dan1999.

Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Razgatlioglu, Bautista & Locatelli.
Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Razgatlioglu, Bautista & Locatelli.

Dalam Perlumbaan 2, Razgatlioglu masih tidak mampu untuk mengekang momentum Bautista yang semakin selesa menyempurnakan setiap lap tanpa tekanan dan sekali lagi terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Pasukan Ducati mengenakan warna berbeza dalam Perlumbaan 2.
Pasukan Ducati mengenakan warna berbeza dalam Perlumbaan 2.
Remy Gardner '87' menamatkan musim pertamanya di kelas Prima di tangga kesembilan dengan 156 mata.
Remy Gardner '87' menamatkan musim pertamanya di kelas Prima di tangga kesembilan dengan 156 mata.
Hafizh Syahrin '35' menamatkan saingannya dalam Perlumbaan 2 di tempat ke-19.
Hafizh Syahrin '35' menamatkan saingannya dalam Perlumbaan 2 di tempat ke-19.

Tempat ketiga untuk Perlumbaan 1 telah dimenangi oleh rakan Andrea Locatelli manakala Dominique Aergerter pula merampas kedudukan tempat ketiga dalam saingan kedua. RR

Kedudukan Keseluruhan WorldSBK.

  1. Alvaro Bautista    628 mata
  2. Toprak Razgatlioglu    552 mata
  3. Jonathan Rea    370 mata
  4. Andrea Locatelli     327 mata
  5. Michael Ruben Rinaldi    251 mata

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.