RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 November 2023

Francesco "Pecco" Bagnaia kekal Juara MotoGP

Francesco "Pecco" Bagnaia berjaya kekal sebagai juara Kejuaraan MotoGP Dunia untuk musim 2023 setelah berlangsung pusingan terakhir di Valencia, Sepanyol.

Bagnaia, pelumba Ducati MotoGP memasukki pusingan ini dengan kelebihan 14 mata daripada pesaing terdekatnya Jorge Martin. Martin telah dapat mendekatkan jurang pungutan mata sedikit apabila memenangi perlumbaan Sprint semalam.

Bagnaia telah membuat permulaan yang sempurna daripada petak pertama setelah dia dinaikkan apabila Maverick Vinalez dikenakan penalti 3 tempat. Permulaan yang laju ini membuatkan Martin terpaksa mengambil risiko untuk mengejar. Namun, Martin berjaya memotong pelumba-pelumba KTM, Brad Binder dan Jack Miller untuk menduduki tempat kedua di belakang Bagnaia. Penonton mula berasa gempar kerana menjangkakan pertarungan hebat di antara mereka.

Tetapi Martin mungkin telah tersilap menjangkakan gangguan aerodinamik apabila membrek kuat untuk selekoh pertama di belakang Bagnaia. Martin terlanggar Bagnaia sedikit sebelum terbabas ke luar kawasan trek. Dia dapat menyelamatkan keadaan tetapi telah dipotong oleh beberapa pelumba sehingga menduduki tempat keenam.

Martin cuba mengejar semula tetapi akhirnya membuat kesilapan yang turut melanggar Marc Marquez yang mengakibatkan kedua-dua pelumba terjatuh daripada motosikal.

Insiden itu memberikan Bagnaia ruang untuk meneruskan perlumbaan dengan tanpa perlu mengambil terlalu banyak risiko. Dia terus memberikan ruang kepada Binder dan Miller untuk memotongnya dan tidak mahu berlumba dengan mereka.

Beberapa lap kemudian, Binder melakukan kesilapan dan terbabas ke tempat keenam untuk memberikan kedudukan pertama kepada rakan sepasukannya Jack Miller. Tetapi Miller pula terjatuh dengan tinggal hanya 8 lap, dan Bagnaia mengambil kedudukan depan semula. Dia dapat menahan asakan terakhir daripada Johann Zarco dan kemudiannya Fabio Di Giannantonio untuk memengangi perlumbaan tersebut.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.