RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 November 2023

CryptoDATA RNF Dilarang Mengambil Bahagian

Nampaknya saga pasukan CryptoDATA RNF belum berakhir dan berita terkini menyebut bahawa pasukan itu telah dilarang untuk mengambil bahagian di dalam Kejuaraan MotoGP 2024. Pengelola kejuaraan itu menyebut "kesalahan dan pelanggaran perjanjian berulang" yang akan "merosakkan imej MotoGP kepada awam" sebagai punca keputusan tersebut.

Keputusan itu dibuat hanya beberapa jam sebelum pasukan itu mengambil bahagian di dalam ujian pra-musim di litar Valencia, Sepanyol. Ia juga bermaksud bahawa pelumba-pelumba mereka, Miguel Oliveira dan Raul Fernandez turut mungkin tidak dapat beraksi pada tahun hadapan. Namun, kedua-dua mereka mempunyai kontrak dengan Aprilia, bukan dengan CryptoDATA RNF.

Berita ini telah diwawarkan setelah terdapat khabar angin mengenai masalah kewangan yang menimpa pasukan tersebut. Selain daripada itu, ketua pasukan, Dato' Razlan Razali yang memegang 40% saham juga telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan itu setelah tamatnya perlumbaan terakhir di litar yang sama pada Ahad lepas.

Dorna, selaku pengelola MotoGP tidak mencari jenama motosikal yang lain bagi menggantikan pasukan satelit Aprilia buat masa ini, sebaliknya segala aset CryptoDATA RNF akan dialihkan kepada penaja yang baharu kelak. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.