RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Disember 2023

MotoGP ke Arah Bahan Api Lebih Selamat

Commision Grand Prix (MotoGP) Umumkan Beberapa Perubahan Untuk Musim 2024 yang menyaksikan perlumbaan tersohor dunia ini melancarkan era global baru dengan bahan api karbon sifar.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Keputusan akhir yang dikeluarkan oleh Commision Grand Prix (CGP) untuk musim 2024 memutuskan penggunaan bahan api dengan spesifikasi dan regulasi lebih ketat iaitu penggunaan minimum 40% bahan api 'Non-Fossil' dan peningkatan kepada 100% bahan api 'Non-Fossil' menjelang 2027 nanti.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Spesifikasi bahan api dan ujian parameter untuk penggunaan jentera perlumbaan musim depan telah dipersetujui oleh FIM, IRTA, Dorna, Makmal Ujian Rasmi, MSMA dan beberapa pembekal bahan api. Bahan api tersebut dibuat makmal, menggunakan komponen yang diperoleh daripada skim teknologi pemerangkapan karbon, atau diperoleh daripada sisa perbandaran atau biojisim bukan makanan.

Had Umur Untuk Moto3

Peningkatan tahap umur minimum yang dilaksanakan pada musim sebelum ini telah mengganggu peluang untuk beberapa pelumba muda (yang memulakan kerjaya mereka lebih awal) tidak dapat naik ke kelas Grand Prix. Oleh itu, pengecualian sedia ada akan diperluaskan untuk membolehkan 3 pelumba terbaik keseluruhan dalam Kejuaraan Dunia Remaja FIM dan Piala Rookies MotoGP Red Bull untuk bersaing dalam Kejohanan Dunia Moto3 sebaik sahaja kedudukan tiga teratas secara rasmi diumumkan.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Dalam saingan Moto2 pula, pengecualian diberikan kepada pemenang FIM European Moto2 Championship untuk bersaing dalam saingan Moto2 2024 walaupun mereka tidak mencapai tahap umur minimum 18. Walau bagaimanapun, tahap mutlak umur minimum dalam kategori ini adalah pada umur 17 tahun. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.