RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 Januari 2024

Pelumba Baru Perlu Sabar dan Teruskan Usaha – Jorge Lorenzo

Lagenda MotoGP, Jorge Lorenzo menyatakan pembangunan jentera MotoGP pasukan Honda agak sukar dengan adanya Marc Marquez dalam pasukan tersebut.

Lorenzo yang juga pernah berlumba bersama Marquez pada musim terakhirnya di MotoGP mengakui jentera Honda bergelut untuk membekalkan prestasi terbaik sejak beberapa musim lalu, dan ini menyebabkan mereka tidak mampu mencabar jaguh-jaguh Ducati yang dominan hampir di setiap pusingan.

Jorge Lorenzo - Litar Philip Island 2019.
Jorge Lorenzo - Litar Philip Island 2019.

Untuk membangunkan sebuah jentera untuk pelumba standard pada asalnya tidaklah sesuatu yang begitu sukar tetapi apabila bercerita mengenai Marc Marquez, ia berbeza.

“Marc Marquez mempunyai gaya tunggangan tersendiri, sangat istimewa yang jauh berbeza dengan para pelumba biasa secara amnya. Pelumba biasa tidak membrek sekeras dan tidak juga menunggang dengan gaya 'melampau' seperti Marquez. Marc adalah orang yang penting dalam evolusi motosikal lumba. Dia akan 'memaksa' motosikal itu untuk sesuai dengannya, tetapi itu tidak sesuai dengan penunggang yang lebih standard,” kata Jorge Lorenzo.

Kemenangan pasukan Repsol Honda di Valencia, 2019.
Kemenangan pasukan Repsol Honda di Valencia, 2019.

Antara sebab lain mengapa Honda sedikit ketinggalan ialah belenggu kecederaan Marc yang memakan masa yang lama dan pastinya dalam ruang masa tersebut digunakan oleh pasukan 'rumah merah' mempertingkatkan prestasi jentera mereka menerusi cetusan idea bernas Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall'Igna.

Gigi Dall'Igna turut mengesahkan bahawa Honda menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya tahun ini dengan harapan ia dapat meyakinkan Marc Marquez untuk kekal bersama mereka.

Lagenda MotoGP: Jorge Lorenzo.
Lagenda MotoGP: Jorge Lorenzo.

“Saya faham kerisauan mana-mana pelumba apabila melihat pelumba terbaik di grid membuat keputusan untuk melepaskan kontrak besar Honda tetapi ia memerlukan banyak kesabaran bertepatan dengan falsafah Jepun iaitu 'kaizen' yang bermaksud (peningkatan berterusan) atau sedikit demi sedikit menyusun kepingan teka-teki itu untuk mencari kembali gandingan penunggang dan jentera yang kompetitif,” kata Lorenzo. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.