RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Januari 2024

Ricky Brabec Juara Dakar Rally 2024

Setelah mengharungi 8,000km di dalam 12 peringkat yang merangkumi 14 hari, Ricky Brabec menjadi juara keseluruhan untuk kelas motosikal di dalam Rally Dakar 2024. Ia merupakan kemenangan yang kedua di rali tersebut buat Brabec sebagai penunggang pasukan Monster Energy Honda Team setelah dia memenanginya julung kali pada 2020.

Brabec bermula dengan perlahan dan tidak memenangi mana-mana lima peringkat yang pertama. Namun pendekatannya yang menumpukan kepada tunggangan yang konsisten membuahkan hasil apabila dia dapat memasukki kelompok pendahulu bermula daripada peringkat yang ke-6. Dia meneruskan rancangannya dan akhirnya dapat menjadi pendahulu kelas perlumbaan dengan jarak masa yang amat selesa apabila bermulanya peringkat ke-12 dan terakhir.

Sebaliknya pelumba yang mendapat tumpuan pada awal perlumbaan merupakan Ross Branch, yang menunggang motosikal Hero yang berasal daripada India. Branch telah memenangi setiap enam peringkat yang pertama dan menjadi pendahulu keseluruhannya. Apapun, dia terpaksa akur dengan prestasi pelumba lain termasuklah Brabec yang lebih cemerlang pada penhujung perlumbaan. Branch menamatkan perlumbaan dengan jarak 11 minit di belakang Brabec.

Tempat ketiga pula jatuh kepada rakan sepasukan Brabec, Adrien Van Beveren. Beveren sebenarnya telah mengasak dengan agresif untuk mengambil kedudukan Branch. Masa keseluruhannya hanya kurang daripada 30 saat di belakang Branch. 

Apa pula dengan pelumba-pelumba KTM serta jenama naungan mereka seperti Husqvarna dan GasGas? KTM merupakan suatu kuasa yang disegani di dalam rali Dakar. Kevin Benevides dan Toby Price yang masing-masing menunggang KTM berada di tempat keempat dan kelima, manakala Luciano Benavides yang menunggang Husqvarna berada di tempat yang ketujuh, dan Daniel Sanders yang menunggang GasGas menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.