RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 Februari 2024

Ujian Rasmi Qatar: Ducati Sudah Ada Pencabar? Aprilia..KTM Makin Laju!

Selepas tamatnya sesi pertama 'Qatar Test' yang bermula semalam, tempat-tempat teratas masih diungguli oleh para pelumba yang tidak asing lagi seperti  Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) dan Jorge Martin (Prima Pramac Racing). Namun begitu, mereka kini sedang 'dikejar' rapat oleh Aleix Espargaro bersama  Aprilia GP24nya (tempat ketiga) dan jaguh KTM, Brad Binder di tempat keempat.

Francesco Bagnaia.
Francesco Bagnaia.

Sesi ujian dijalankan di litar yang berdebu dan berangin. Apabila matahari mulai terbenam, barulah kita dapat melihat keadaan lebih serius dengan serangan dan kesungguhan para pelumba mencari kelebihan jentera masing-masing. Ya..inilah sesi ujian terakhir sebelum bermulanya musim baru nanti. Tekanan yang cukup hebat digalas oleh setiap krew di 'rumah' masing-masing.

Jorge Martin.
Jorge Martin.
Brad Binder.
Brad Binder.

Bagnaia mengetuai sesi itu tetapi pelumba muda itu harus tingkatkan lagi keupayaannya jika mahu mencatatkan masa lebih baik daripada 1:51:762 yang dilakukan oleh Luca Marini pada saingan GP Qatar 2023.

Persediaan pasukan Aprilia dalam penyediaan jentera untuk Maverick Viñales (Aprilia Racing) juga cukup mantap. Pelumba muda itu berada di tempat pertama untuk jangka masa yang sangat lama tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat ke-enam. Rakan sepasukannya Aleix pula semakin serasi untuk memecut di tempat ketiga.

Aleix Espargaro.
Aleix Espargaro.
Luca Marini.
Luca Marini.
Johann Zarco.
Johann Zarco.

Jika anda peminat Honda, dah bolehlah senyum sikit kerana prestasi jentera semakin berkembang sejak ujian rasmi di Sepang tempohari. Johann Zarco (Castrol LCR Honda) adalah pelumba Honda terbaik di posisi P9 yang dilakukan dengan menggunakan aerodinamik baru di Qatar. Kedudukan pelumba Honda berikutnya ialah Joan Mir (Repsol Honda Team) diikuti Takaaki Nakagami (Idemitsu Honda LCR) dan kemudian Luca Marini (Repsol Honda Team) yang semakin positif. Nampaknya jenama Jepun telah menggunakan enjin baru mereka, manakala keempat-empat penunggang menggunakan lengan ayun baru yang pertama kali dipasang ketika  di Sepang.

Joan Mir.
Joan Mir.
Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.

Setelah meletakkan dirinya di antara 10 pelumba teratas pada hari pembukaan. Hari ini (Selasa) akan menjadi hari yang cukup penting buat Fabio Quartararo kerana dia perlu bekerja keras mencari cara bagi menjadikan M1 lebih lancar disamping meningkatkan tahap cengkaman. Itulah isu utama yang dihadapi Honda dan Juara Dunia 2021. Mereka mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai langkah seterusnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia