RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Februari 2024

WorldSBK GP Australia: Semua Pelumba Wajib Masuk Pit Tukar Tayar

Musim baru saingan WorldSBK akan membuat tirainya pada minggu ini (23-25 Februari 2024) di Litar Phillip Island, Australia. Para peminat dunia perlumbaan sudah pasti tidak sabar-sabar lagi untuk melihat pertarungan cukup hebat yang dijangka akan berlaku di antara Alvaro Bautista, Toprak Razgatlioglu, Jonathan Rea yang kini memacu jenama motosikal yang berbeza.
Ketiga-tiga jaguh WSBK ini juga pastinya akan menerima tentangan sengit daripada beberapa pelumba hebat seperti Nicolo Bulega, Andrea Iannone, Andrea Locatelli, Alex Lowes dan ramai lagi.

Pihak penganjur telah memutuskan bahawa perlumbaan WorldSBK dan WorldSSP akan berlangsung di bawah peraturan 'flag-to-flag', dengan kemasukan wajib ke pit untuk melakukan penukaran tayar untuk semua motosikal. Keputusan ini dibuat berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada sesi ujian rasmi WorldSBK dan WorldSSP di Phillip Island tempohari dan laporan daripada Pengarah Bahagian Teknikal Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM), Race Direction, pihak Litar GP Phillip Island dan Dorna WSBK Organization (DWO).

Untuk memastikan keselamatan semua pelulmba, tayar belakang setiap jentera tidak boleh digunakan lebih daripada 11 lap untuk kelas WorldSBK dan 10 lap untuk kelas WorldSSP. Selain itu, jarak perlumbaan untuk WorldSBK Race 1 dan Race 2 telah dikurangkan kepada 20 lap dan dua set tayar tambahan yang diperuntukkan untuk setiap pelumba dalam kedua-dua kelas. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.