RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Mac 2024

ARRC SS600: Pasukan YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia Raih Kemenangan 1 & 3

Saingan Supersports 600cc dalam Perlumbaan 2 Pusingan 1 IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship menyaksikan duo pelumba pasukan YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia bersaing dengan cukup cemerlang apabila mendapatkan podium buat pasukannya. Apiwath Wongthananon sekali lagi meraih kemenangan kedua selepas melepasi garisan penamat dengan cukup bergaya. Rakan sepasukannya pula, Mckinley Kyle tampil di tangga ketiga.

Apiwath Wongthananon '24' cukup cemerlang menampilkan kemenangan berganda di pusingan 1 ARRC SS600.
Apiwath Wongthananon '24' cukup cemerlang menampilkan kemenangan berganda di pusingan 1 ARRC SS600.
Dari kiri: Mohammad Adenanta Putra, Apiwath Wongthananon & Mckinley Kyle Paz.
Dari kiri: Mohammad Adenanta Putra, Apiwath Wongthananon & Mckinley Kyle Paz.

Sebaik sahaja saingan bermula, Apiwath Wongthananon terus meluru ke hadapan untuk memimpin perlumbaan. Di belakangnya, Helmi Azman dan Azroy Hakeem dari IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team bersaing untuk kedudukan tiga teratas.

Pada pusingan keempat, perlumbaan terpaksa dihentikan apabila Azroy dan Helmi mengalami kemalangan yang pada ketika Apiwath Wongthananon masih mendahulu.

Apiwath Wongthanano
Apiwath Wongthanano

Selepas perlumbaan terhenti buat seketika, saingan disambung semula dengan berbaki lagi lima pusingan. Dalam tempoh yang singkat, kita dapat menyaksikan pertempuran yang sengit antara penunggang Yamaha dan Honda. Apiwath Wongthananon yang mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu diberi tekanan  hebat oleh pelumba ASTRA HONDA RACING TEAM, Mohammad Adenanta Putra yang cuba memintasnya. Mereka saling memintas untuk merebut gelaran juara.

Mckinley Kyle Paz
Mckinley Kyle Paz
Krew YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia bertungkus lumus menyediakan jentera yang terbaik.
Krew YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia bertungkus lumus menyediakan jentera yang terbaik.

Saingan kemudian tertumpu dalam perebutan tempat ketiga di antara Veda Ega Pratama (ASTRA HONDA Racing Team) dan Mckinley Kyle Paz. Selepas Vega cuba mempertahankan kedudukannya,  Penunggang Yamaha itu tetap tidak berputus asa untuk berikan tentangan dan akhirnya berjaya meramoas kedudukan ketiga.

Apiwath Wongthananon berjaya melepasi garisan penamat sebgai juara dengan catatan masa 8’21:918s diikuti Mohammad Adenanta Putra di tempat kedua dengan 8’22:053s.

ASB1000

Kasma Daniel Kasmayudin
Kasma Daniel Kasmayudin
Soichiro Minamimoto
Soichiro Minamimoto

Dalam perlumbaan akhir, Soichiro Minamimoto (YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia) menamatkan perlumbaannya di kedudukan ketujuh dengan catatan masa 21’00:198s. Manakala Kasma Daniel Kasmayudin (YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia) berada di tempat kesepuluh dengan mencatatkan masa keseluruhan 21’10:974s.

Tahniah buat pelumba JDT Racing, Hafizh Syahrin Abdullah bangkit semula dalam perlumbaan 2 untuk mendapatkan podium kedua. Dua pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing with Astemo iaitu Andi Farid Izdihar dan Nakarin Atiratphuvapat masing-masing di tempat pertama dan ketiga. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.