RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 April 2024

KTM RC8 2024 - Edisi 'Perlumbaan' Terhad Diperkenalkan. Hanya 100 unit dipasarkan

KTM memperkenalkan model Edisi Perlumbaan Terhad yang menawarkan prestasi sebenar jentera kegunaan di litar (prestasi Moto2) yang mendapat kelulusan Grand Prix membolehkan jentera ini benar-benar layak digelar READY TO RACE.

KTM RC 8C digerakkan oleh enjin berkembar selari 889cc yang dipasang dengan komponen perlumbaan. Jentera eksklusif ini ditawarkan dalam jumlah paling terhad, hanya 100 unit. Versi edisi terhad ini hadir dengan casis yang ditempah khas untuk kegunaan litar.

KTM RC 8C 2024 eksklusif ini ditempah secara eksklusif dalam talian melalui portal pra-tempahan khusus di KTM.com. Para pembeli yang membuat tempahan salah satu daripada 100 unit dengan pembayaran deposit sebanyak 1,000 Euro. Pembeli juga perlu memilih pusat pengedar untuk proses penghantaran.

Selain itu, para pelanggan boleh juga memilih untuk menyertai sesi penyerahan eksklusif yang diadakan di Portimão, Portugal dengan syarat, WAJIB membeli 'Pekej Perlumbaan'. Di acara penyerahan eksklusif itu, para pelanggan akan menikmati sesi 'track day', makan malam, sesi 'Meet & Greet, menaiki kereta lumba KTM X-BOW bersama Pemandu Pasukan 'Factory' KTM dan banyak lagi.

KTM RC 8C 2024 rekabentuk luaran Carbon Kevlar yang diinspirasikan oleh KTM RC16, enjin berkuasa 135 PS, kerangka tiub keluli 25CrMo4 binaan khas, fork hadapan jenis katrij dari WP Apex Pro 43mm, penyerap hentak belakang WP Apex Pro 7746, brek-brek Brembo Stylema, panel meter TFT versi perlumbaan, sistem ekzos penuh Akrapovic, rim aluminium Dymag, kotak udara perlumbaan dan pelbagai komponen khas dari WP PRO. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.