RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 April 2024

Danial Syahmi dan Hakim Danish Sedia Memberi Cabaran!

Misano, San Marino: Para pelumba dan setiap krew pasukan kini bersiap sedia untuk memulakan aksi penuh mendebarkan di pusingan pertama Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP yang akan membuka tirainya di Litar Antarabangsa Misano Marco Simoncelli dari 18hb hingga 21hb April ini.

Pelumba negara, Danial Syahmi sememangnya sudah tidak asing lagi dalam saingan ini memandangkan kerana musim 2024 merupakan tahun ketiganya dalam kategori JuniorGP. Musim ini Danial terus bersemangat bersama pasukan yang sama, iaitu Junior Talent Team. Dengan pengalaman dan keazamannya, dia bersedia mempamerkan prestasinya dan bersaing untuk berada di tempat teratas.

Danial Syahmi 2023.
Danial Syahmi 2023.


Menyertainya ialah Hakim Danish, yang membuat penampilan sulung dalam kategori JuniorGP selepas aksi cemerlang dalam saingan European Talent Cup. Ini merupakan satu langkah besar untuk Hakim yang sudah tidak sabar lagi menyahut cabaran itu. Hakim Danish akan berlumba bersama pasukan SIC Racing MSi dengan 5 krew Malaysia dan 1 krew Eropah.

Zulfahmi Khairudin 'kiri' dan Hakim Danish.
Zulfahmi Khairudin 'kiri' dan Hakim Danish.



Dengan rekod prestasi dan pengalaman Danial Syahmi,  sasaran untuk dia berada dalam prestasi terbaiknya agak tinggi. Bagi Hakim Danish pula, tahun ini akan menjadi tahun pembelajaran yang memerlukan kesungguhan dan komitmen untuk mencapai segala kejayaan yang diimpikannya.

" Ini adalah tahun ketiga saya, dan masih memburu podium pertama di JuniorGP. Ini ialah permulaan yang baik dan saya akan lakukan sehabis baik pada minggu ini untuk berada dalam kelompok hadapan. Kami telah lakukan sesi ujian/test di Barcelona dan keputusan yang diraih cukup baik. Saya telah dapat mencari rentak sendiri terbaik setakat ini untuk memberi cabaran," Danial Syahmi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.