RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 April 2024

WorldSBK: Pasukan BMW Makin Ceria Dengan Prestasi Toprak!

Di Assen, ia adalah perlumbaan di 'halaman rumah' dan acara mega untuk saya secara peribadi. Ramai peminat dan penyokong hadir, termasuk peminat Turki yang telah mencipta suasana yang hebat. Pada hari Sabtu, kami kecewa tidak menang dalam Perlumbaan 1 walaupun sudah benar-benar hampir tetapi ia membuktikan bahawa kami sudah mempunyai rentak sempurna untuk berjaya," kata Pengarah Motorsport BMW Motorrad, Marc Bongers.

Pengarah Motorsport BMW Motorrad, Marc Bongers memeluk erat Toprak selepas memenangi Perlumbaan 2 di Litar Assen.
Pengarah Motorsport BMW Motorrad, Marc Bongers memeluk erat Toprak selepas memenangi Perlumbaan 2 di Litar Assen.

Menurut pihak BMW Motorrad, cuaca di Litar Aseen yang cepat berubah-ubah sememangnya telah mereka jangkakan. Pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK menyediakan jentera sebaiknya buat Toprak dan Michael Van Der Mark untuk sebarang senario di sini. Perlumbaan hari Sabtu benar-benar menarik kerana ia adalah peluang terbaik untuk melihat pembangunan dan talaan yang telah dipilih.

Toprak pastinya akan berjuang untuk kemenangan memandangkan keputusan yang dicapai sudah semakin baik. Perlumbaan 2 pada hari Ahad memang benar-benar sejuk yang menyebabkan keadaan litar kurang ideal. Pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK mencuba dan mendapatkan talaan yang paling berkesan.

"Maka, kami menggunakan tayar 'Q' seperti kebanyakan para pelumba lain pada grid tetapi apabila difikirkan semula, kami sepatutnya pergi untuk 'X' dalam keadaan itu. Bakat semulajadi dari Toprak menyaksikan tunggangan yang cukup istimewa sehingga mampu untuk memenangi perlumbaan, saya benar-benar gembira untuknya. Michael V. D Mark juga meraih keputusan yang hebat tetapi dia dikenakan penalti kerana melebihi had trek," Shaun Muir, Prinsipal Pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK.

Shaun Muir 'kiri' bersama Toprak di podium.
Shaun Muir 'kiri' bersama Toprak di podium.

"Saya sangat gembira. Kami berjaya lakukannya dengan baik dalam saingan kedua. Bukan mudah untuk meraih kemenangan tetapi dalam setiap pusingan saya akan mengasak kuat. Semua orang bekerja keras hujung minggu ini dan akhirnya kami menang dalam perlumbaan kedua. Ia adalah kemenangan pertama saya di Assen dalam kelas Superbike, dan juga kemenangan pertama di sini untuk BMW jadi saya sangat gembira," Toprak Razgatlioglu. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.