RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Julai 2024

Sekali Lagi Minggu Sempurna Buat Pecco... Marquez Kena Penalti!

Litar Assen memberikan kejayaan buat Francesco Bagnaia 'Pecco' selepas menyempurnakan minggu lalu dengan podium di tangga pertama dan kali ketiga berturut-turut di litar lagenda ini. Kemenangan yang diraih ini meletakkan dirinya setaraf dengan Casey Stoner dengan 23 kemenangan bersama Ducati dalam kelas prima.

Juara Litar Assen, Francesco Bagnaia.
Juara Litar Assen, Francesco Bagnaia.

Pecco melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan. Maverick Vinales kedua, diekori rapat oleh Jorge Martin, Marc Marquez, dan Alex Marquez. Perebutan tempat-tempat di tangga podium semakin lama semakin sengit. Tanpa diduga, Frabio Di Giannantionio memberi saingan untuk memintas para pelumba di depan termasuk Vinales dan Marquez untuk merampas tempat ketiga.

Petarungan sengit di antara Giannantonio '49', Marquez '93' & Vinales '12'.
Petarungan sengit di antara Giannantonio '49', Marquez '93' & Vinales '12'.
Bastianini '23' memiliki rentak lebih pantas untuk muncul pemenang tempat ketiga.
Bastianini '23' memiliki rentak lebih pantas untuk muncul pemenang tempat ketiga.

Ketika saingan tinggal 9 lap saja lagi, Vinales berjaya menyerang, memintas di tengah-tengah Giannantonio dan Marquez untuk kembali di posisi ketiga. Giannantonio sekali lagi hilang kedudukan apabila dipintas pula oleh Marquez dan Enea Bastianini tidak lama kemudian.

Seramai 192,554 orang penonton membanjiri Litar Assen, memberikan rekod kehadiran penonton paling ramai sejak tahun 1995.
Seramai 192,554 orang penonton membanjiri Litar Assen, memberikan rekod kehadiran penonton paling ramai sejak tahun 1995.

Pecco dan Martin sudah jauh di depan, saingan di Litar Assen tertumpu pada perebutan tempat ketiga. Bastianini kini gunakan mod 'The Beast' untuk membuat serangan dengan lebih agresif terhadap Marquez dan Vinales. Dari kedudukan agak jauh ke belakang, Bastianini kini sudah berada di tempat ketiga!

Jorge Martin sudah pasti akan berusaha untuk membuktikan kehebatannya berbanding pada pelumba lain, khususnya pasukan Ducati.
Jorge Martin sudah pasti akan berusaha untuk membuktikan kehebatannya berbanding pada pelumba lain, khususnya pasukan Ducati.
Fabio Quartararo '20' berjaya menahan kemaraan Miguel Oliveira untuk meraih tempat ke-12.
Fabio Quartararo '20' berjaya menahan kemaraan Miguel Oliveira untuk meraih tempat ke-12.

Saingan hanya tinggal 3 lap sahaja lagi, masa sudah semakin suntuk buat Vinales untuk mencari ruang ke hadapan. Sedang pelumba Aprilia itu tingkatkan usaha, dia gagal menahan kepantasan Marquez yang terlebih dahulu melintasi garisan penamat di belakang Bastianini. Namun begitu..... drama belum tamat lagi.

Joan Mir '36' hanya mampu bertahan selama 6 Lap sebelum terpaksa bersara lebih awal.
Joan Mir '36' hanya mampu bertahan selama 6 Lap sebelum terpaksa bersara lebih awal.
Luca Marini menamatkan saingan di tempat ke-17.
Luca Marini menamatkan saingan di tempat ke-17.

Marquez diberikan penalti kerana tekanan tayarnya yang menyebabkan dia turun ke posisi ke-10. Vinales juga diturunkan 1 posisi kerana kesalahan melebihi had litar ketika di chicane. Maka, tempat keempat menjadi milik Giannantonio, Vinales ke-5 dan Brad Binder ke-6.

Para pemenang GP Litar Assen. Dari kiri, Jorge Martin, Francesco Bagnaia & Enea Bastianini.
Para pemenang GP Litar Assen. Dari kiri, Jorge Martin, Francesco Bagnaia & Enea Bastianini.

Persembahan sempurna dari Pecco sememangnya tidak mampu dicabar oleh sesiapa sahaja kali ini. Ducati bernombor '1' itu menerima kibaran bendera penamat dengan kelebihan 3.676s di depan Martin selaku naib juara. Kemenangan ini membolehkan Pecco merapati jurang matanya dengan Martin di carta keseluruhan hanya dengan 10 mata sahaja. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700