RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 Julai 2024

MotoGP: Pecco Kembali di Atas! Martin Jatuh...Marquez Tempat Kedua!

Perlumbaan 'akhir' sebelum Cuti Musim Panas di Litar Sashsenring memang penuh dengan drama. Tekanan tentulah pada dua orang pelumba iaitu Francesco Bagnaia (Pecco) selaku juara bertahan dan Jorge Martin yang sedang mendahului carta keseluruhan, dua-duanya pelumba Ducati. Saingan kali ini juga mengejutkan kita dengan insiden Marc Marquez yang 'terbang' ke luar litar pada sesi kelayakan tetapi berjaya memecut bagaikan 'lipas kudung' dalam perlumbaan akhir untuk meletakkan dirinya ke podium.

Pecco '1' memimpin kelompok paling depan.
Pecco '1' memimpin kelompok paling depan.

Martin bermula di petak pertama dan ya...selepas diberi tentangan oleh beberapa orang pelumba seperti Miguel Oliveira, Pecco dan Franco Morbidelli yang agak menyinar kali ini. Lap demi lap Martin sudah mula membuka jarak dengan agak selesa meninggalkan para pelumba lain bergelut sesama sendiri.

Jorge Martin '89' terbabas di saat-saat akhir.
Jorge Martin '89' terbabas di saat-saat akhir.
Kemenangan keempat berturut-turut.
Kemenangan keempat berturut-turut.

Di belakang, Oliveira, Morbidelli dan Pecco saling cuba mengatasi satu sama lain dan kemudiannya disertai oleh Marquez yang 'baru sampai' dari belakang. Marquez bermula di kedudukan ke-13 dan berjaya bersama kelompok di hadapan dengan kepantasannya. Turut meningkatkan rentak ialah Alex Marquez yang turut berada kelompok pantas menjelang pertengahan saingan.

Marc 'kiri' & Alex Marquez.
Marc 'kiri' & Alex Marquez.

Fabio Quartararo '20' bertarung sengit dengan Marco Bezzecchi '72' dalam perebutan tempat kelapan.
Fabio Quartararo '20' bertarung sengit dengan Marco Bezzecchi '72' dalam perebutan tempat kelapan.

Ketika Martin sudah pasti akan menjulang kemenangan keduanya di litar Sachsenring, sekali lagi pelumba dari Sepanyol itu terbabas menyebabkannya pulang dengan tangan kosong.

Insiden Martin begini sudah berlaku beberapa kali, agak merugikan tetapi pada masa yang sama 'MENGUNTUNGKAN' Pecco bagi meraih kemenangan yang sangat penting untuk takhta kejuaraan.

Miguel Oliveira '88' hampir berjaya ke podium.
Miguel Oliveira '88' hampir berjaya ke podium.
Joan Mir, tempat ke-18 litar Sachsenring.
Joan Mir, tempat ke-18 litar Sachsenring.

Marquez paling 'happy. Jatuh pada hari Jumaat lalu, bermula di P13 dan akhirnya berdiri megah di tangga podium sebagai naib juara. Tempat ketiga dimenangi oleh Alex Marquez yang kembali ke podium. Kali terakhir Alex berada di podium ialah pada GP Malaysia tahun lepas.

Kejayaan adik beradik Marquez ini juga mencipta sejarah 'pasangan adik beradik' pertama di podium kelas perdana sejak Nobuatsu dan Takuma Aoki pada tahun 1997.

Luca Marini tamatkan saingan di tempat ke-15.
Luca Marini tamatkan saingan di tempat ke-15.
Enea Bastianini, raih 13 mata di tempat keempat.
Enea Bastianini, raih 13 mata di tempat keempat.

Bastianini sekali lagi mempamerkan tunggangan bertenaga untuk meraih tempat keempat diikuti Morbidelli, Oliveira dan Pedro Acosta kelima.

Selebriti Hollywood, Keanu Reeves sebagai jemputan istimewa bagi mengibarkan bendera penamat.
Selebriti Hollywood, Keanu Reeves sebagai jemputan istimewa bagi mengibarkan bendera penamat.

Sekarang para pelumba akan berehat sempena 'Cuti Musim Panas' dengan kedudukan paling atas sekarang ini dimiliki oleh Francesco Bagnaia dengan 222 mata, 10 mata meninggalkan Jorge Martin di tangga kedua. Marc Marquez di tangga ketiga (166 mata), Enea Bastianini keempat (155 mata) dan Maverick Vinales kini mengumpul 125 mata di tangga kelima. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.