RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Ogos 2024

Qayyim Razin Menang Berganda di Litar Beranang!

Kejuaraan FIM MiniGP Series Malaysia menutup saingan Pusingan 4 di Litar Horizon Beranang dengan saingan semakin sengit untuk kejuaraan 160cc apabila Qayyim Razin berjaya menewaskan pendahulu kejuaraan Airel Marzuki dalam kedua-dua perlumbaan di litar yang basah dan cukup teknikal.


Dengan kemenangan berganda ini, Qayyim Razin menambah kutipan mata kejuaraan kepada 136 mata sekali gus merapatkan diri dengan Airel Marzuki, yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua (untuk kedua-dua saingan) di Beranang.

Dengan mengutip 40 mata, Airel Marzuki kini mengumpulkan 167 mata manakala tangga kedua kini diduduki oleh pelumba Vietnam, Nguyen Viet Tuan dengan 158 mata.

Saingan kelas 190cc terus didominasi sepenuhnya oleh Qabil Irfan, yang terus gagah di persada kejuaraan dengan kutipan sempurna 200 mata selepeas lapan perlumbaan musim ini. Apapun, skrip yang menarik di Horizon Beranang Circuit ini dihidangkan oleh juara bertahan, Farish Hafiy, yang menghadapi kesukaran pada sesi kelayakan untuk mencatat masa 56.089 mengutip masa lap ke-10 terbaik.


Bermula dari petak ke-10 dalam kedua-dua perlumbaan, Farish Hafiy mempamerkan prestasi cemerlang untuk muncul naib juara untuk Perlumbaan 1 dan 2.

Pada masa yang sama, Qabil Irfan terus membuktikan bahawa dia dalam kelas yang tersendiri dan bersedia untuk menggegar saingan World Finals di Valencia, Sepanyol pada November ini.

SIC Ohvale Junior Championship

Al-Adam Mikail terus menguasai kejuaraan dengan mencipta satu lagi kemenangan berganda untuk mengukuhkan kedudukan keseluruhan di persada kejuaraan dengan191 mata. Nufayl Darwisy agak ketinggalan semakin jauh selepas prestasi yang kurang memberangsangkan pada pusingan ini.

Sebagai pelumba terpantas pada sesi kelayakan (catatan masa 56.1 saat) di litar sepanjang 910 meter ini, Al Adam memaparkan tahap kematangan cukup tinggi apabila memenangi Perlumbaan 1, yang disambung semula untuk lima lap selepas diberhentikan.

Kemenangan pada Perlumbaan 2 lebih mudah dicipta oleh Al Adam apabila menerima kibaran bendera penamat 11.412s di hadapan Hairith Fezzrul Iman. Qholbu Khalis menduduki tempat ketiga manakala Rishi Keishan Kishi di tempat keempat.

Saingan penutup dan Pusingan 5 FIM Malaysia MiniGP Series 2024 diadakan Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang pada 19 dan 20 Oktober 2024. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).