RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Ogos 2024

Wira KBS: "Saya Akan Lebih Fokus Minggu Ini," Raiyan

Kompleks Sukan Permotoran Tangkak  merupakan saingan pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pada hujung minggu ini. Raiyan Khardanee yang berlumba untuk pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 13 Racing akan meningkatkan lagi prestasinya dalam kategori Wira KBS.

Tahun ini merupakan musim kedua buat pelumba dari Pahang itu dalam kategori ini. Walaubagaimanapunmasih banyak yang perlu diperbaiki dari aspek perlumbaan. Sebelum ini, beliau menyertai Yamaha PETRONAS Super Series dengan menamatkan kedudukan di tangga ke-8 keseluruhan pada tahun 2022 sebelum melangkah ke kelas lebih mencabar. Pada tahun pertama, Raiyan telah mendapatkan podium sebanyak dua kali termasuk satu kemenangan disamping dua status "DNF" dan satu "DNS".

Pada musim ini, Raiyan berjaya menduduki di tangga podium sekali ketika bersaing di Litar Teluk Intak, Perak. Walaubagaimanapun, jurang mata keseluruhan diantara beliau dan tiga pelumba teratas agak jauh. Raiyan kini ditangga kelima keseluruhan dengan kutipan 65 mata. Sepang merupakan litar kelajuan tinggi di mana dalam kedua-dua pusingan yang diadakan di situ membolehkan Raiyan menamatkan perlumbaan di tempat keempat. Berdasarkan dengan pencapaian beliau sekarang, Raiyan mempunyai kemahiran teknikal serta kebolehan memaksimumkan kelajuan jenteranya, tetapi beliau perlu memperbaiki tahap konsisten agar dapat bersaing dengan pelumba-pelumba di kedudukan teratas.

"Musim ini sangat berbeza dan banyak yang perlu saya pelajari. Sememangnya saya amat sukar untuk mencapai target dan perlu tingkatkan lagi daya fokus saya untuk perlumbaan akan datang," katanya.

"Persediaan untuk pusingan seterusnya melibatkan kecergasan mental dan fizikal. Pasukan saya kini sedang memastikan agar jentera sentiasa dalam keadaan yang baik. Mereka sentiasa memantau latihan fizikal dan mental serta memberi sokongan kepada saya. Matlamat saya adalah unutk menang di setiap perlumbaan akan datang dan menaikkan lagi nama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 13 Racing," tambah Raiyan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.