RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 September 2024

Ke Mana Hala Tuju Hakim Danish Untuk Musim 2025?

Pusingan terakhir saingan Redbull MotoGP Rookies Cup 2024 bakal melabuhkan tirainya di Litar Misano World Circuit Marco Simoncelli yang mempunyai jarak 4.23KM serta 10 selekoh kanan dan 6 selekoh kiri. Sudah semestinya perlumbaan pada hujung minggu ini sangat sengit kerana para pelumba masih berpeluang untuk merebut gelaran juara keseluruhan.

Pelumba muda negara, Hakim Danish telah memenangi perlumbaan kedua dalam pusingan keenam di tempat pertama. Kemenangan itu merupakan pelumba Malaysia pertama yang berjaya memenangi perlumbaan Redbull MotoGP Rookies Cup sejak 17 tahun diadakan.

"Sasaran untuk Hakim pada minggu ini untuk bersaing bersama kelompok hadapan dan sentiasa konsisten dari FP1 sehinggalah ke perlumbaan akhir. Setelah 6 pusingan, kedudukan keseluruhan Hakim Danish kini di tangga keenam. Dia berpeluang untuk ke Kejohanan Dunia Moto3 jika dapat menamatkan perlumbaan pada musim ini di tangga ketiga keseluruhan. Tetapi peluang itu amat tipis," kata Zulfahmi Khairuddin, Pengurus SIC Racing.

"Saya harap Hakim dapat menampilkan prestasinya dan berjaya menawan kedudukan podium untuk kedua-dua perlumbaan nanti. Selepas tamat sahaja pusingan terakhir, kita akan lihat ke mana hala tuju Hakim Danish untuk musim hadapan," tambahnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.