RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Oktober 2024

David Alonso Juara Moto3 2024, Pelumba Columbia Pertama Raih Takhta di GP Dunia!

David Alonso dari pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team kini sah bergelar Juara Dunia FIM Moto3 2024. Kejayaan cukup membanggakan itu diraikan setelah Alonso mencatat kemenangan kali ke-10nya musim ini. Pada masa yang sama, mahkota yang dirangkul di GP Jepun juga meletakkan namanya sebagai pelumba pertama Colombia yang memenangi gelaran Grand Prix dalam mana-mana kelas.

Laluan Alonso dalam Kejuaraan Dunia bermula pada 2019 apabila dia berlumba di European Talent Cup (ETC). Pada musim pertamanya, Alonso menduduki tempat kelima keseluruhan dengan kejayaan podium sebanyak empat kali. Selepas itu, Alonso terus memenangi gelaran ETC pada 2020 bersama Pasukan Aspar, mengumpul lima kemenangan sepanjang musim.

Pada tahun yang sama, pelumba Colombia itu bersaing dalam Piala Red Bull MotoGP Rookies, dan ia merupakan kempen yang menyaksikan dia menamatkan musim tersebut di tempat keempat secara keseluruhan. Pada 2021, Alonso bergelar Juara Rookies selepas meraih enam kemenangan, manakala tahun pertama dalam kelas JuniorGP menyaksikan kesungguhannya untuk mencapai kemenangan begitu tinggi.

Hanya empat perlumbaan yang diperlukan untuk Alonso sebelum berada di tangga podium Moto3 pertamanya musim lalu. Kemenangan GP pertama diperolehi di Silverstone, diikuti tiga lagi kemenangan yang diraikannya kemudian iaitu di Barcelona, ​​Misano dan Buriram.

Empat kali Juara, ditambah empat kali lagi di tempat kedua, menyaksikan Alonso menamatkan saingannya di Kejuaraan Dunia di kedudukan ketiga, dengan ketinggalan 30 mata berbanding Juara Dunia, Jaume Masia.

Tunggangan penuh bertenaga dipertontonkan di GP Itali.
Tunggangan penuh bertenaga dipertontonkan di GP Itali.
David Alonso 'tengah'.
David Alonso 'tengah'.

Tahun 2024 ternyata sangat positif dan jelas sehingga menjadi kegemaran sejak awal. Kemenangannya di Qatar memberikan petanda perkara baik dan penat lelahnya terbetuktiyang akan datang kerana kelas induk pusingan terakhir Alonso turut memberikan pengiktirafan sebagai pengeluar China (CFMOTO) pertama memenangi saingan Grand Prix.

Kemenangan Alonso di GP Indonesia minggu lepas.
Kemenangan Alonso di GP Indonesia minggu lepas.

Sembilan lagi kemenangan telah menyusul dalam kempen 2024 yang menakjubkan, dengan kejayaan GP Jepunnya menyaksikan pelumba #80 menjadi pelumba dengan kemenangan Moto3 terbanyak dalam sejarah iaitu 14. David, tahniah buat musim yang cemerlang! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.