RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 November 2024

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals di litar go kart Motorland Aragon.

Pelumba dari Itali iaitu Lorenzo Fina dan Waku Kunitate dari Jepun yang masing-masing telah mendominasi saingan kelas 190cc dan 160cc dalam perlumbaan 1 dan 2. Walaubagaimanapun kedua-dua pelumba ini telah dicabar dengan cukup hebat dalam saingan Super Final di mana  Fino menamatkan perlumbaan di tangga keenam dan Kunitate di tempat keempat.

Oleh itu, peluang Fino untuk bergelar juara bagi kelas 190cc menjadi milik pelumba Sepanyol iaitu Alvaro Lucas yang merupakan juara saingan Super Finals. Nasib menyebelahi Kunitate walaupun berada di tempat keempat di Super Finals tetap berada di tangga teratas keseluruhan kelas 160cc.

Juara dunia 160cc musim lepas yang bersaing dalam kelas 190cc iaitu Qabil Irfan terlepas kedudukan podium selepas menamatkan perlumbaan 1 di tempat kelima dan perlumbaan 2 di kedudukan keempat. Qabil kemudian bangkit dalam Super Finals dengan menamatkan saingan di tangga ketiga sekaligus menempatkan beliau di tempat kelima keseluruhan.

Rakan sepejuangan, Adam Danial berada di kedudukan keempat belas di perlumbaan 1 dan 15 dalam perlumbaan 2. Qayim Razim yang berlumba menggunakan tiket FIM MiniGP Indonesia pula di tempat kesembilan pada pelrumbaan 1 dan dua belas di perlumbaan 2. Saingan Super Finals menempatkan Adam di tempat ke-17 dan Qayyim pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13.

Naib juara FIM MiniGP Malaysia, Farish Hafiy gagal melepasi pusingan kelayakan kerana masalah teknikal pada jentera, sekali gus gagal menyertai perlumbaan.

Walaupun menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 dalam pelumbaan 1 bagi kelas 160cc, Muhammad Airel Marzuki bangkit di perlumbaan 2 dengan mendapatkan kedudukan podium di tangga ketiga. Perlumbaan Super Finals, Airel berada di tempat keenam.

Pelumba dari Vietnam, Nguyen Viet Tuan yang berlumba atas tiket FIM MiniGP Malaysia yang merupakan penampilan pertamanya di kejuaraan akhir dunia mengakhiri perlumbaan 1 di tempat ke-10 dan pelumbaan 2 di kedudukan ke-11. Manakala saingan Super Finals, beliau melepasi garisan penamat di tangga ke-19. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700