RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 Disember 2024

ARRC 2024 Melabuhkan Tirainya

Saingan IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship 2024 pusingan akhir kelas ASB1000 di litar Antarabangsa Chang telah menyaksikan Yuki Kunii dari pasukan SDG Team HARC-PRO Honda Ph bergelar juara keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan di tempat pertama dalam perlumbaan 2.

Dalam perlumbaan akhir, Yuki memulakan saingan dengan baik untuk memimpin perlumbaan. Kedudukannya di tempat pertama hanya bertahan selama tiga pusingan sebelum dipintas oleh pelumba-pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing With Astemo iaitu Andi Farid Izdihar dan Nakarin Atiratphuvapat. Manakala buat pelumba negara Md Zaqhwan Zaidi dari pasukan yang sama mengekori rapat untuk berikan saingan sengit.

Kumpulan empat pelumba di hadapan yang menunggang jentera Honda bersaing untuk merebut kedudukan tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala pelumba TKKR BMW Racing Team yang kini berada di tempat kelima makin merapatkan jurang untuk menjadi pencabar.

Tiba sahaja di pusingan kesepuluh, pelumba dari Jepun iaitu Tetsuta Nagashima menggunakan kelebihannya untuk memintas setiap pelumba sehingga berada di kedudukan kedua. Dengan tekanan semakin meningkat, Yuki terus menjarakkan jurang 2.993s dengan para pelumba di belakangnya.

Sehingga pusingan akhir, Yuki melepasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 20'47:479s. Dua lagi tangga podium menjadi milik Tetsuta Nagashima dan Andi Farid Izdihar yang masing-masing dengan catatan 20'48:415s dan 20'50:927s.

Pelumba terbaik negara sekali lagi menjadi milik Zaqhwan Zaidi selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat diikuti Azlan Shah Kamaruzaman pula di kedudukan kelima dan pelumba YAMAHA TEKHNE Racing Team ASEAN, Kasma Daniel di tangga ketujuh.

Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh selepas terlibat dengan kemalangan dalam pusingan akhir, Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan JDT Racing Team meraih kedudukan ketiga secara keseluruhan. Tahniah diucapkan! RR

Keputusan Perlumbaan 2 & Kedudukan Keseluruhan

ASB1000 - Perlumbaan 2

  1. Yuki Kunii - SDG Team HARC-PRO Honda Ph. (20'47:479s)
  2. Tetsuta Nagashima - Astemo SI Racing with Thai Honda (20'48:415s)
  3. Andi Farid Izdihar - Honda Asia-Dream Racing with Astemo (20'50:927s)
  4. Md Zaqhwan Zaidi - Honda Asia-Dream Racing with Astemo (20'51:389s)
  5. Azlan Shah Kamaruzaman - TKKR BMW Racing Team (20'52:265s)

ASB1000 - Kedudukan Keseluruhan

  1. Yuki Kunii - SDG Team HARC-PRO Honda Ph. (183 points)
  2. Andi Farid Izdihar - Honda Asia-Dream Racing with Astemo (181 points)
  3. Hafizh Syahrin - JDT RACING TEAM (154 points)
  4. Nakarin Atiratphuvapat - Honda Asia-Dream Racing with Astemo (149 points)
  5. Azlan Shah Kamaruzaman - TKKR BMW Racing Team (126 points)

SS600 - Perlumbaan 2

  1. Apiwath Wongthananon - YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA (20:00.313s)
  2. Thanat Laoongplio - Honda Racing Thailand (20:00.431s)
  3. Kiattisak Singhapong - Honda Racing Thailand (20:00.569s)
  4. Muhammad Helmi Azman - IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team (20:00.763s)
  5. McKinley Kyle Paz - YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA (20:01.061s)

SS600 - Kedudukan Keseluruhan

  1. Apiwath Wongthananon - YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA (205 points)
  2. Mohammad Adenanta Putra - ASTRA HONDA RACING TEAM (161 points)
  3. Azroy Hakeem Anuar - IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team (145 points)
  4. Muhammad Helmi Azman - IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team (142 points)
  5. Kiattisak Singhapong - Honda Racing Thailand (125 points)

AP250 - Perlumbaan 2

  1. Cao Viet Nam - Honda Racing Vietnam Team (19'02:009s)
  2. Herjun Atna Firdaus - ASTRA HONDA RACING TEAM (19'02:589s)
  3. Muhammad Faerozi Toreqottullah - YAMAHA Racing Indonesia (19'03:922s)
  4. Arai Agaska Dibani Laksana - YAMAHA Racing Indonesia (19'03:923s)
  5. Aiki Iyoshi - Motul Sniper Manual Tech (19:04:088s)

AP250 - Kedudukan Keseluruhan

  1. Herjun Atna Firdaus - ASTRA HONDA RACING TEAM (165 points)
  2. Muhammad Faerozi Toreqottullah - YAMAHA Racing Indonesia (152 points)
  3. Muhammad Kiandra Ramadhipa - ASTRA HONDA RACING TEAM (147 points)
  4. Arai Agaska Dibani Laksana - YAMAHA Racing Indonesia (122 points)
  5. Aiki Iyoshi - Motul Sniper Manual Tech (119 points)

UB150 -  Perlumbaan 2

  1. Fahmi Basam - YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (16'27:758s)
  2. M. Murobbil Vittoni - YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (16'28:110s)
  3. Dimas Juli Atmoko - One For All (16'28:561s)
  4. Ahmad Afif Amran - MAS PitsBike OneWay JRT Tech2 Racing Team (16:28:900s)
  5. John Emerson Inguito - 4S1M EVO YAMAHA Racing Team (16'28:904s)

UB150 -  Kedudukan Keseluruhan

  1. Fahmi Basam - YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (142 points)
  2. Md Akid Aziz - PitsBike OneWay JRT Tech2 Racing Team (131 points)
  3. Adytya Fauzi - RACETECH SIXTY Racing Team (125 points)
  4. M. Murobbil Vittoni - YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team (119 points)
  5. Gupita Kresna Wardhana - 4S1M EVO YAMAHA Racing Team (104 points)

TVS ASIA One Make Championship - Perlumbaan 2

  1. Hiroki Ono - Japan (14'59:946s)
  2. Atih Kanghair - Thailand (15'00:348s)
  3. Vorapong Malahuan - Thailand (15'02:334s)
  4. Mohd Ramdan Rosli - Malaysia (15'01:830s)
  5. Rocco Sessler - Germany (15'02:338s)

TVS ASIA One Make Championship - Kedudukan Keseluruhan

  1. Hiroki Ono - Japan (251 points)
  2. Mohd Ramdan Rosli - Malaysia (170 points)
  3. Sarthak Chavan - India (127 points)
  4. Vorapong Malahuan - Thailand (119 points)
  5. Rocco Sessler - German (110 points)

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.