RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Januari 2025

Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

Game On! Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing 2025 dilancarkan di Nusah Inda Theater, Jakarta, Indonesia di hadapan sekitar 600 orang tetamu. Pasukan ini terdiri daripada dua pelumba yang cukup mantap iaitu Fabio Di Giannantonio (Diggia) dan rakan sepasukan barunya, Franco Morbidelli.

Kombo Kuning Flow dan Putih direka oleh Aldo Drudi dan Drudi Performance yang mengenengahkan rekacorak matahari dan bulan pada setiap sisi. Turut menghiasi jentera Ducati tersebut ialah simbol pemilik pasukan, Valentino Rossi. Di bahagian depan pula, diletakkan juga bersama-sama dengan 49 dan 21 (nombor pelumba), latar belakang nombor '46'.

Di bawah pemerhatian Valentino Rossi, pasukan ini yang diketuai oleh Pengarah Pasukan iaitu Alessio Salucci dan Pengurus Pasukan, Pablo Nieto yang bersedia untuk menjalankan peranan yang lebih relevan dalam kejuaraan pertamanya. Skuad VR46 akan menggunakan jentera Desmosedici GP25, model terbaru yang akan ditunggang oleh Diggia. Itulah satu-satunya jentera GP25 di grid di bukannya dimiliki oleh pasukan factory.

Di sisi ruang garaj VR46, Morbidelli akan menunggang GP24 yang telah meraih gelaran juara tahun lalu. Musim 2025 ini akan menjadi musim kedua Diggia bersama pasukan dan akan kembali bekerja keras untuk pulih daripada kecederaan bahu kiri dan pembedahan yang dia alami pada penghujung 2024. Sementara itu, Morbidelli bersedia untuk dengan penampilan sulungnya bersama Skuad Valentino Rossi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.