RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Februari 2025

MotoGP Winter Test 2025: Prestasi Pasukan Honda HRC Repsol Positif

Paddock MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang meriah dengan kehadiran pelbagai pasukan untuk menyempurnakan Ujian Rasmi 'Winter Test' yang berlangsung dari 5 hingga 7hb Februari 2025. Antara pasukan yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan pelbagai ujian ialah Honda Racing (HRC) yang kini bersama rakan kerja terbaru mereka iaitu Castrol.

Joan Mir 'kiri' & Luca Marini cukup bergaya dengan jentera RC213V baru.
Joan Mir 'kiri' & Luca Marini cukup bergaya dengan jentera RC213V baru.

Honda HRC Castrol dibarisi oleh pelumba sensasi, Joan Mir dan juga Luca Marini yang memiliki semangat dan motivasi yang cukup tinggi. Untuk hari pertama ujian, Joan Mir menunjukkan kemajuan untuk berada tempat keenam dan Luca Marini berakhir 0.6s di belakang di tempat ke-15. Hanya beberapa hari selepas mendedahkan warna musim 2025, pasukan Honda HRC Castrol berada di landasan terbaik untuk ujian permulaan musim baru ini.

Mampukah Joan Mir mengembalikan kecemerlangan pasukan Honda?
Mampukah Joan Mir mengembalikan kecemerlangan pasukan Honda?

Talaan jentera Honda RC213V telah disemak buat kali pertama sejak November. Para jurutera dan juruteknik cukup sibuk membuat kerja naik taraf. Joan Mir kelengkapkan 54 lap dan cukup gembira kerana merasakan dia kini boleh menunggang Honda RC213V dengan lebih selesa.

Joan Mir berjaya mendapat rentak lebih baik berbanding prestasi tahun lalu.
Joan Mir berjaya mendapat rentak lebih baik berbanding prestasi tahun lalu.

Pada hari seterusnya, Mir menduduki tempat keenam dan berjaya mendapatkan sesaat lebih pantas berbanding catatan masa Kelayakannya pada Grand Prix Malaysia 2024 lalu. Rentak Joan Mir semakin baik untuk mencatatkan pusingan terbaik 1'57.791, meletakkannya selesa di dalam sepuluh teratas di tempat keenam dan hanya setengah saat berbanding pelumba di tempat teratas.

Luca Marini penuh semangat untuk memulakan tahun keduanya dalam pasukan factory Honda HRC Castrol. Pelumba Itali itu terus meluncur dengan sempurna sebaik sebaik sahaja lorong pit dibuka. Marini bekerja keras yang menyelesaikan 60 pusingan dan menduduki tempat ke-15 keseluruhan berkat masa terbaik 1'58.704.

Luca Marini menyempurnakan puluhan lap di SIC untuk mendapatkan talaan terbaik.
Luca Marini menyempurnakan puluhan lap di SIC untuk mendapatkan talaan terbaik.

Sesi kedua buat Luca Marini berjalan dengan lebih lancar dengan melengkapkan lagi 56 pusingan dengan masa terbaik 1'58.518. Marini Itali mengambil peluang menguji kepingan aerodinamik untuk mendapatkan  gabungan bahan terbaik yang ada.

Kerja yang sukar, tetapi dengan ganjaran yang besar kerana Marini kini boleh mengalihkan perhatiannya kepada corak tunggangan secara keseluruhan. Luca Marini meletakkannya di tempat ke-15 pada helaian catatan masa dan ia kurang daripada sepersepuluh berbanding Marc Marquez.

Joan Mir.
Joan Mir.
Luca Marini.
Luca Marini.

"“Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan saya atas kerja dari malam tadi dan hari ini. Semua orang bekerja dengan sangat baik untuk menyelesaikan semuanya. Hari ini kami memberi tumpuan pada aerodinamik, mencuba bahagian yang berbeza untuk mendapatkan perasaan terbaik di atas litar. kami mengambil masa yang lama untuk mencari tetapi adalah penting untuk mengetahui perkara ini. Esok, kami bekerja lebih keras kerana masih banyak yang perlu dilakukan," Luca Marini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.