RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 Mac 2025

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Ia adalah hari yang cukup istimewa buat MM93 yang mencipta kemenangan ke-90nya dalam saingan Grand Prix, menyamai rekod pelumba lagenda Sepanyol iaitu Angel Nieto. "Angle telah menunjukkan kami dunia motosikal dan apakah itu erti Juara Dunia. Maka, adalah satu penghormatan menyamai rekod beliau!" Kata Marc Marquez.

Marc juga menyatakan dia cukup mengagumi prestasi adiknya yang semakin pantas sehingga dia berasa berkemungkinan tamat di tempat kedua. "He is on another level!".

Alex Marquez 'kiri' dan Marc Marquez.
Alex Marquez 'kiri' dan Marc Marquez.

Pada masa yang sama, sekali lagi...ia adalah hujung minggu yang cukup mencabar buat juara MotoGP dua kali, Francesco Bagnaia (Pecco). Pelumba bernombor '63' ini masih belum menang baik dalam saingan Sprint atau GP setakat ini. Apa komen Pecco?

"Kami sudah berjaya merapatkan jurang tetapi masih belum cukup bagus. Rentak saya lebih kurang sama dengan dua pelumba di depan tetapi sayangnya saya gagal untuk mengekori mereka. Saya hilang banyak masa kerana terpaksa bergelut dengan Franco Morbidelli dan Johann Zarco dan belum cukup pantas untuk berada di podium."

"Saya perlu sabar dan tenang dalam hal ini. Tahun lepas, mata saya juga rendah dan saya faham betapa pentingnya untuk menjadi juara. Saya kini sedang bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini. Saya tidak akan berada dalam kedudukan ini sepanjang musim, saya akan kembali!"

Prestasi cemerlang jentera Ducati ini juga mendapat pujian daripada Pengurus Besar Ducati Corse, Gigi Dall'Igna:

"Satu lagi kejayaan podium 'semua-Ducati' dengan lima buah motosikal kami berada di kedudukan lima teratas. Kami tidak akan pernah berada dalam kedudukan begini dengan ini. Ia terlalu bagus. Ini juga kemenangan ke-19 berturut-turut dan hatrik ke-10 berturut-turut dalam perlumbaan Sprint pada hari Sabtu tempohari. Hebat!"

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di USA (Circuit of the Americas) pada 28 hingga 31 Mac 2025. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.