RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 April 2025

Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

Perlumbaan MotoGP pusingan kelima yang berlangsung di Litar Jerez sememangnya penuh dengan drama. Kita bermula dengan prestasi luar biasa yang dipamerkan oleh Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) yang akhirnya berjaya meraih petak paling hadapan. Kedudukan Quartararo itu memberi keterujaan buat para peminat MotoGP yang sudah lama nantikan saingan hebat daripada jentera jenama lain yang ketinggalan berbanding Ducati.

Podium pertama buat Alex Marquez '73'.
Podium pertama buat Alex Marquez '73'.

Quartararo 'dikepung' oleh para pelumba Ducati yang terdiri daripada Marc Marquez, Francesco Bagnaia (Pecco), Alex Marquez dan Franco Morbidelli. Walaupun diacah oleh Pecco seawal selekoh pertama, Quartararo kemas menutup ruang unuk terus memimpin saingan. Seperti perebutan sebelum ini, Pecco kemudiannya di asak oleh Marquez sehingga berlakunya sentuhan. Masing-masing tak mahu kalah!

Kenangan manis buat Fabio Quartararo dan pasukannya.
Kenangan manis buat Fabio Quartararo dan pasukannya.

Ketika sedang mencari ruang menyerang, jentera Marquez hilang cengkaman yang menyebabkan dia terbabas keluar litar. Situasi tersebut memberi peluang buat A. Marquez untuk merapatkan diri dengan Pecco.A. Marquez terpaksa menunggu sehingga Lap 11 sebelum berjaya menundukkan Quartararo. Kelompok hadapan kemudiannya disertai oleh Maverick Vinales yang turut mempunyai rentak yang mengagumkan.

Lebih daripada 220,000 peminat MotoGP di Litar Jerez.
Lebih daripada 220,000 peminat MotoGP di Litar Jerez.
Tiga jaguh GP Sepanyol. Dari kiri: Fabio Quartararo, Alex Marquez dan Francesco Bagnaia.
Tiga jaguh GP Sepanyol. Dari kiri: Fabio Quartararo, Alex Marquez dan Francesco Bagnaia.
Pecco yakin akan terus berusaha untuk keputusan lebih baik.
Pecco yakin akan terus berusaha untuk keputusan lebih baik.

Quartararo mengawal jenteranya dengan cemerlang untuk menidakkan setiap serangan Pecco yang dilihat mempunyai sedikit kelebihan di beberapa tempat dan pertarungan Yamaha dan Ducati ini memang cukup seronok ditonton. Fabio Quartararo melakukan magic!

Dalam perebutan yang seerapat ini, macam-macam boleh berlaku.
Dalam perebutan yang seerapat ini, macam-macam boleh berlaku.
Luca Marini, cuba menyaingi kelompok hadapan.
Luca Marini, cuba menyaingi kelompok hadapan.
Luca Marini.
Luca Marini.

Alex Marquez akhirnya berjaya menikmati kemenangan sulungnya dalam kelas prima dengan catatan masa lebih daripada 2 saat di hadapan Fabio Quartararo di tempat kedua. Kali terakhir pelumba bernombor '20' ini meraih podium ialah pada GP Indonesia 2023 yang lalu.

Francesco Bagnaia terpaksa berpuas hati di tempat ketiga malah hampir-hampir berjaya dikejar oleh Vinales yang hanya sedikit di belakang untuk kedudukan keempat. Selepas kecewa dengan penalti yang dikenakan di GP Qatar tempohari, pastinya keputusan kali ini menyemarakkan kembali semangatnya untuk terus memberi cabaran.

Alex Rins, berjaya menahan setiap serangan Aleix Espargaro untuk meraih tempat ke-13.
Alex Rins, berjaya menahan setiap serangan Aleix Espargaro untuk meraih tempat ke-13.

Tempat kelima menjadi milik Fabio Di Giannantonio manakala Brad Binder dan Pedro Acosta masing-masing menerima kibaran bendera penamat di tempat ke-6 dan ke-7. Luca Marini dari pasukan Honda HRC Castrol menamatkan saingan di tempat ke-10 dan kini semakin positif dengan prestasi jenteranya. RR

Kedudukan Selepas GP Sepanyol:

  • Alex Marquez                140 mata
  • Marc Marquez               139 mata
  • Francesco Bagnaia       120 mata
  • Franco Morbidelli           84 mata
  • Fabio Di Giannantonio   63 mata

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia