RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Jun 2025

CP150: Afif Tewaskan Azroy Di Litar LYL

Tahniah buat Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA -CKJ RACING telah meraih kemenangan di litar baru LYL International Karting Circuit, Monkey Canopy selepas menewaskan pesaingnya di saat akhir dalam Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub prix Pusingan ketiga CP150.

Kasma Daniel (PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR) yang merupakan antara pelumba berbakat telah mencatatkan masa terpantas 1'09.717s dalam sesi Super Pole. Manakala pelumba pasukan HONDA ESTREMO YUZY RACING iaitu Azroy Hakeem Anuar catat 1'09.954s untuk meraih petak kedua dan Afif memulakan perlumaan di petak ketiga selepas mencatatkan masa 1'10.252s.

Azroy telah memulakan perlumbaan akhir dengan sempurna untuk memimpin perlumbaan dengan diekori rapat oleh Kasma dan Afif. Ketiga-tiga pelumba itu telah mencipta jurang dengan kelompok kedua pada awal pusingan pertama.

Semasa di pusingan kedua, Azroy dipintas oleh Kasma. Walaubagaimanapun, Kasma dikenakan hukuman 'Ride Through Penalty' kerana 'Jump Start' di pusingan ketujuh dan menyebabkan kedudukannya dipintas para pelumba lain. Beliau kemudian kembali ke litar dengan kedudukan ke-23.

Sementara itu, Azroy yang kini di tempat pertama diikuti rapat oleh Afif dan Ahmad Darwisy. Dengan hanya dua pusingan sahaja Kasma berjaya naik sehingga di tangga kelima manakala rakan sepasukan Afif iaitu Akid di tempat keempat.

Afif yang kekal tenang sepanjang perlumbaan mencari peluang keemasan untuk merampas kedudukan pertama. Kedudukan Azroy akhirnya dipintas oleh Afif pada saat-saat akhir dan menamatkan perlumbaan di tangga pertama dengan 18'48.052s.. Azroy pula terpaksa akur dikedudukan kedua dengan catatan 18'46.117 dan Ahmad Darwisy melengkapkan podium ketiga dengan 18'54.932s. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.