RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Jun 2025

KOVE 450RR Raih Tempat Kelima Dalam British BSB

Pada 22 Jun baru-baru ini, Kejuaraan Superbike British (BSB) Stesen Snetterton (Kategori SPORTBIKE) telah memberikan keputusan yang cukup positif buat pasukan KOVE menerusi pelumbanya Casey yang beraksi dengan baik bersama jentera 450RR. Dengan kecekapan dan rentak mengejar yang gigih, pelumba bernombor 67 itu telah berjaya memenangi tempat kelima, sekali lagi menunjukkan kekuatan teras tegar jenama China di arena antarabangsa.

Sebagai perlumbaan motosikal antara yang paling berpengaruh di UK dan juga Eropah, BSB mempunyai tahap daya saing yang sama dan peraturan cukup ketat seperti saingan WorldSBK, dan telah lama menarik penyertaan para pengeluar terkemuka dan pasukan profesional dari seluruh dunia.

Walaupun kategori SPORTBIKE merupakan kategori baru yang ditambah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi salah satu saingan yang popular kerana syarat kemasukannya agak fleksibel tetapi menyaksikan persaingan yang sengit. Dalam kategori in, kita dapat melihat banyak jenama antarabangsa seperti CFMOTO, Suzuki, Yamaha dan Kawasaki turun memberi cabaran.

Casey menduduki tempat di belakang pada peringkat awal, tetapi dengan kawalan yang tenang dan hantara kuasa enjin KOVE 450RR yang padu, dia berjaya mengejar sehingga ke hadapan, mengatasi beberapa lawan dan akhirnya memenangi penghormatan berharga untuk pasukan KOVE.

Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan keupayaan individu pelumba, tetapi juga hasil usaha tertumpu KOVE dalam pembangunan dan strategi persaingan perlumbaan middleweight. KOVE 450RR telah mencapai tahap daya saing yang setanding dengan pengeluar antarabangsa dari segi tindak balas kuasa, ketegaran casis dan pelarasan saspens.

DI pasaran Malaysia, KOVE merupakan jenama yang diperkenalkan oleh AFY Mobility Industries Sdn Bhd yang telah pun membuktikan keupayaan jenteranya menerusi beberapa siri perlumbaan lasak yang diadakan di dalam dan luar negara.

Pada penganjuran MotoGP di Malaysia beberapa tahun lalu, KOVE Malaysia telah mempertontonkan beberapa model menarik seperti KOVE 500X, KOVE 321RR, KOVE 450RR, KOVE Cobra 321RR dan KOVE 450 Rally Factory Edition. Model-model ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan. Sudah pasti kita tidak sabar-sabar lagi melihat dan menguji jentera ini! RR

sumber:

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.