RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 Ogos 2025

"Ramai Yang Mahukan Hakim Danish Sebagai Pelumba Wildcard MotoGP Malaysia 2025!"

Pelumba sensasi negara, Hakim Danish kini merupakan pelumba yang paling sesuai dan layak untuk menggalas cabaran sebagai pelumba 'wildcard' negara dalam saingan Moto3. Namun begitu, persoalan tersebut masih tidak dapat dijawab oleh pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) walaupun perlumbaan PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 hanya tinggal sekitar tiga bulan sahaja lagi.

Apa yang dirasakan cukup positif ialah kenyataan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, En, Azhan Shafriman Hanif yang mengatakan, "Ia masih dalam pembetangan Ahli Lembaga Pengarah untuk mendapatkan kelulusan dan kami akan membuat pengumuman apabila sudah ada keputusan. Sudah pasti ramai yang mahu menyaksikan Hakim Danish beraksi di laman kita sendiri di Sepang."

Dalam saingan Red Bull Rookies Cup 2025, Hakim Danish kini berada di tangga teratas dengan 154 mata tetapi diikuti dengan rapat oleh Brian Uriarte (141 mata) dan pelumba dari Indonesia, Veda Pratama di tangga ketiga dengan 130 mata. Jika Hakim berjaya menjuarai Red Bull Rookies Cup tahun ini, dia akan layak secara automatik sebagai pelumba 'wildcard' untuk saingan 2026.

Menurut syarat penganjur MotoGP, Dorna, pengumuman pelumba 'wildcard' itu perlu dilakukan dalam tempoh 45 hari sebelum GP Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.